Selasa, 16 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan dua jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Ipoh, Perak pada 29 Mei 2012.



Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada mulanya pada harga RM150 sekeping. Hanya sebanyak 600 keping sahaja ditempa.
     
  2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)

    Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya pada mulanya ialah RM10 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1. Set 2 dalam 1 ini mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM200 setiap satu dan hanya terdapat 500 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini adalah seperti berikut:

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN
SEMPENA ULANG TAHUN Ke-100 PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI SEDUNIA

Spesifikasi Teknikal

Spesifikasi Teknikal Jenis
Logam
Nilai Muka
(RM)
Harga Jualan
(RM)
Kuantiti Tempaan (keping /set)
Garis pusat
(mm)
Berat

(gram)
Bentuk
Perak
(Ag92.5)

10

150
600
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Cu89 Zn5
Al5 Sn1
1
10
15,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi

Set 2 dlm 1

10+1
200
500




          Nota:
1. Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf.



Reka Bentuk Duit Syiling

Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:


  1. Bahagian Hadapan Duit Syiling

    Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia tertera di tengah duit syiling ini dan perkataan Ulang Tahun Ke-100 pada bahagian atasnya sebagai menandakan sambutan ulang tahun pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antarabangsa yang keseratus, yang diadakan selama tiga tahun, dari tahun 2010 hingga 2012. Pada bahagian bawah duit syiling pula tertera perkataan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
     
  2. Bahagian Belakang Duit Syiling

    Pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai menggambarkan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Sedunia ini. Perkataan Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawahnya.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 30 Mei 2012 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan pejabat wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan