Memaparkan catatan dengan label Syiling Pendidikan Haiwan Laut Reptilia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syiling Pendidikan Haiwan Laut Reptilia. Papar semua catatan

Rabu, 10 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kedua belas

LUMBA-LUMBA EMPESUT/IRRAWADY DOLPHIN


Keluarga : Delphinidae
Nama Biasa : Irrawady Dolphin
Nama Melayu : Lumba-lumba Empesut
Nama Saintifik : Orcaella Brevirostris


Lumba-lumba Empesut mempunyai kepala besar yang berbentuk bulat dengan muncung yang tidak begitu jelas kelihatan. Spesies ini mempunyai sirip dorsal yang kecil, berbentuk tiga segi dan hujungnya majal, dan ia terletak di bawah bahagian tengah belakang. Siripnya pula panjang dan lebar. Lumba-lumba ini mempunyai pergerakan yang perlahan dan lazimnya berenang dalam kumpulan yang kecil.

Lumba-lumba Empesut dewasa boleh membesar antara 2.1 meter hingga 2.6 meter panjang dan anak lumba-lumba yang baru lahir pula panjangnya kira-kira 1 meter. Berat Lumba-lumba Empesut boleh mencapai antara 90 hingga 150 kilogram sementara berat anak lumba-lumba yang baru lahir pula lebih kurang 12 kilogram. 


Lumba-lumba Empesut ini boleh ditemui terutamanya di perairan cetek di kawasan tropika Indo-Pasifik dan di sistem sungai utama, terutamanya Brahmaputra dan Ganga di India, Mekong di Vietnam, Irrawady di Burma, Mahakam di Borneo dan Laos dan Kemboja. Makanan lumba-lumba ini ialah ikan, kerang-kerangan dan sotong.

Di Malaysia, spesies lumba-lumba ini dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Perikanan 1999(Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) dan Akta Perikanan 1985.

Syiling Lumba-lumba Empesut - Depan

Syiling Lumba-lumba Empesut - Belakang

Kod: Null
Harga syiling Penyu Belimbing dan syiling Lumba-lumba Empesut, dari pemerhatian saya adalah yang tertinggi berbanding syiling-syiling lain dalam siri ini mahupun siri-siri lain kerana ia menjadi buruan para pengumpul dan amat sukar diperolehi. Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM70 - RM200.
 

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kesebelas

BUAYA TEMBAGA/INDOPACIFIC CROCODILE


Keluarga : Crocodylidae
Nama Biasa : Indopacific Crocodile
Nama Melayu : Buaya Tembaga
Nama Saintifik : Crocodylus Porosus

Buaya Tembaga ialah spesies buaya yang terbesar antara spesies buaya. Ia boleh dikenali berdasarkan muncungnya yang panjang dan berbentuk tiga segi serta kulitnya yang menggerutu daripada bahagian mata hingga ke bahagian muncungnya.

Anak buaya ini memakan serangga, ketam, katak dan ikan, manakala buaya dewasa pula memakan mangsa yang lebih besar. Buaya betina menghasilkan lebih daripada 80 biji telur dalam sarang yang dibuat daripada tumbuhan reput. Telur-telur itu akan dibiarkan menetas akibat terik panas matahari atau pereputan tumbuh-tumbuhan.


Spesies ini boleh ditemui di kawasan pantai India, Asia Tenggara dan Pasifik. Di Malaysia, spesies ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/1972 dan disenaraikan sebagai No. 41 dalam Jadual 1.

Syiling Buaya Tembaga - Depan

Syiling Buaya Tembaga - Belakang

Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35. Namun ramai yang percaya harga syiling ini lebih tinggi lagi kerana sukar memperolehinya pada masa kini.

Selasa, 9 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kesepuluh

BUAYA JULUNG-JULUNG/MALAYAN GHARIAL


Keluarga : Gavialidae
Nama Biasa : Malayan Gharial
Nama Melayu : Buaya Julung-julung
Nama Saintifik : Tomistoma Schlegelii

Buaya Julung-julung mempunyai muncung yang panjang dan tirus untuk menangkap ikan dan mangsa kecil yang lain. Spesies terancam ini boleh ditemui di kawasan tertentu di Selatan Thailand, Malaysia, Sumatera dan Borneo.


Habitat buaya ini adalah di sungai air tawar, paya dan tasik. Buaya Julung-julung betina membuat sarang daripada tumbuhan reput di kawasan tinggi yang berhampiran dengan air. Buaya Julung-julung betina menghasilkan kira-kira 16 hingga 60 biji telur, yang akan menetas selepas 2 setengah hingga 3 bulan, dan ini berlaku pada puncak musim hujan.

Di Malaysia, spesies buaya ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76/1972 dan disenaraikan sebagai No. 42 dalam Jadual 1.

Syiling Buaya Julung-julung - Depan
Syiling Buaya Julung-julung - Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kesembilan

YU PAUS, JERUNG PAUS/WHALE SHARK


Keluarga : Rhincodontidae
Nama Biasa : Whale Shark
Nama Melayu : Yu Paus/Jerung Paus
Nama Saintifik : Rhincodon Typus

Jerung Paus ialah spesies ikan yang terbesar di laut. Kepalanya yang lebar seperti kapal dengan bintik dan garisan putih pada bahagian belakang badannya. Ia mempunyai hidung yang muncung serta bulat, mata yang kecil, lima lubang insang yang sangat besar, dua sirip dorsal pada bahagian belakang di samping dua sirip pectoral pada sisinya. Jerung Paus bernafas melalui spirakel yang terletak hampir pada bahagian belakang matanya.

Jerung Paus mempunyai jaluran berwarna kuning kecerahan dan bintik-bintik, yang jelas kelihatan pada kulitnya yang amat tebal dan berwarna kelabu kehitaman. Ketebalan kulit Jerung Paus boleh mencapai 10 sentimeter.


Plankton ialah makanan Jerung Paus yang ditapis daripada air laut. Jerung Paus hidup dalam air laut yang bersuhu sederhana panas di seluruh dunia dan menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya dekat dengan permukaan air.

Di Malaysia, Jerung Paus dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam) 1999 dan Akta Perikanan 1985.

Syiling Yu Paus/Jerung Paus - Depan

Syiling Yu Paus/Jerung Paus -Belakang

Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kelapan

BUAYA SIAM/SIAMESE CROCODILE


Keluarga : Crocodylia
Nama Biasa : Siamese Crocodile
Nama Melayu : Buaya Siam
Nama Saintifik : Crocodylus Siamensis

Buaya Siam ialah spesies buaya yang sangat besar dan berat serta kepalanya yang lebar. Buaya Siam dewasa pula mempunyai rabung bertulang yang jelas pada bahagian belakang, yang membentuk segi tiga lebar. Juga terdapat empat sisik besar pada bahagian belakang Buaya Siam.

Makanan Buaya Siam ialah ikan, katak, burung dan mamalia kecil. Buaya Siam hidup berdekatan sungai tanah pamah tetapi kini habitat itu kian terancam.


Buaya Siam betina menghasilkan kira-kira 20 hingga 40 biji telur. Buaya Siam boleh ditemui di dalam hutan belantara di Thailand dan sebilangan kecil boleh ditemui di Vietnam, Kemboja dan juga di Semenanjung Malaysia.

Di Malaysia, Buaya Siam dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76/1972 dan disenaraikan sebagai No. 268 dalam Jadual 1.

Syiling Buaya Siam - Depan

Syiling Buaya Siam -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Ketujuh

DUYUNG, DUGONG/DUGONG


Keluarga : Dugongidae
Nama Biasa : Dugong
Nama Melayu : Duyung/Dogong
Nama Saintifik : Dugong Dugon

Dugong yang juga dikenali sebagai duyung ialah mamalia berbulu yang memelihara dan membimbing anak-anaknya. Ia bernafas melalui hidungnya yang muncung dan berbulu pendek yang sedikit. Dugong dewasa boleh membesar sehingga 5 meter panjang dan mencapai berat sehingga 400 kilogram. Ia mempunyai bentuk yang menyerupai torpedo dengan bentuk badannya sama rata dan bersirip di samping ekornya berbentuk kuku sauh seperti anak bulan, sama seperti paus. Dugong berwarna coklat kekelabu-kelabuan.


Dugong boleh mencapai umur sehingga 70 tahun dan tempoh bunting bagi Dugong adalah diantara 12 hingga 13 bulan. Makanan utama Dugong ialah rumpai dan rumput laut. Di Malaysia, Dugong kebiasaannya dapat ditemui di sebelah pantai barat negeri Johor dan Sabah.

Di Malaysia, spesies Dugong dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam) 1999 dan Akta Perikanan 1985.

Syiling Dugong/Duyung - Depan

Syiling Dugong/Duyung -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.



Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Keenam

PENYU BELIMBING/LEATHERBACK TURTLE


Keluarga : Demochelyidae
Nama Biasa : Leatherback Turtle
Nama Melayu : Penyu Belimbing
Nama Saintifik : Dermochelys Coriacea

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di dunia. Spesies ini mempunyai karapas (cengkerang) yang menutupi kulitnya, dengan tujuh jalur yang memanjang dari bahagian atas hingga ekor. Penyu Belimbing mudah dikenali kerana corak buah belimbing yang terdapat pada cenkerangnya dan warna badannya yang kehitaman dengan tompok-tompok putih.

Penyu Belimbing boleh membesar sehingga 2 meter panjang dan mencapai berat sehingga 600 kilogram. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan mampu menyelam sedalam 400 meter hingga 1200 meter.


Bahagian atas mulut yang melengkung memudahkan Penyu Belimbing menangkap mangsa, terutama ubur-ubur yang merupakan makanan utama. Ia bertelur antara 60 hingga 120 biji semasa musim bertelur, iaitu antara bulan Mac hingga Ogos setiap tahun. Tekstur telurnya berwarna putih dan lembut dengan garis pusat antara 5 hingga 6.5 sentimeter. Tempat utama penyu ini mendarat ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Paka di Terengganu dan Pahang.

Di Malaysia, spesies penyu ini dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 dan juga Enakmen Penyu Negeri atau Peraturan-peraturan Perikanan (Penyu dan Telur Penyu).
 
Syiling Penyu Belimbing - Depan

Syiling Penyu Belimbing - Belakang
Kod: Null
Harga syiling Penyu Belimbing dan syiling Lumba-lumba Empesut, dari pemerhatian saya adalah yang tertinggi berbanding syiling-syiling lain dalam siri ini mahupun siri-siri lain kerana ia menjadi buruan para pengumpul dan amat sukar diperolehi. Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM70 - RM200.
 
 

Khamis, 4 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kelima

PENYU LIPAS/OLIVE RIDLEY TURTLE


Keluarga : Cheloniidae
Nama Biasa : Olive Ridley Turtle
Nama Melayu : Penyu Lipas
Nama Saintifik : Lepidochelys Olivacea

Penyu Lipas ialah penyu yang terkecil antara empat spesies penyu yang terdapat di Malaysia. Panjang badannya berukuran antara 15 hingga 65 sentimeter dan beratnya pula boleh mencecah sehingga 50 kilogram.

Badan Penyu Lipas berwarna gelap seakan-akan warna buah zaitun yang berwarna coklat kekuning-kuningan. Makanan utama Penyu Lipas ialah udang, ubur-ubur, ketam dan siput. Musim bertelur adalah dari bulan Mac hingga Jun pada setiap tahun dengan purata sebanyak 100 biji telur setiap kali ia bertelur. Tekstur telurnya adalah lembut dan berwarna putih dengan ukuran garis pusat kurang daripada 4 sentimeter. Penyu ini kebiasaannya ditemui di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.


Di Malaysia penyu ini dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 dan juga Enakmen Penyu Negeri atau Peraturan-peraturan Perikanan (Penyu dan Telur Penyu).

 Syiling Penyu Lipas - Depan

 Syiling Penyu Lipas -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.



Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Keempat

TUNTUNG LAUT/PAINTED TERRAPIN


Keluarga : Emydidae
Nama Biasa : Painted Terrapin
Nama Melayu : Tuntung Laut
Nama Saintifik : Callagur Borneonsis

Tuntung laut berbeza saiznya, dengan spesies betina lebih besar daripada spesies jantan. Spesies betina boleh membesar sehingga 50 sentimeter dan spesies jantan membesar sehingga 40 sentimeter. Ketika musim mengawan, warna kepala spesies jantan akan bertukar menjadi putih dan akan timbul jalur merah di antara dua matanya, manakala spesies betina tidak berubah.

Spesies ini menghasilkan 4 hingga 20 biji telur dalam setiap sangkak dan anak tuntung laut akan keluar dari sangkak selepas 72 hari. Habitat utamanya ialah di paya bakau dan muara sungai yang besar. Makanan utamanya ialah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai. Spesies ini banyak terdapat di Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka.


Musim membiak tuntung laut di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah pada bulan Jun hingga Ogos, manakala di Pantai Barat pula pada bulan Oktober hingga Januari. Di Malaysia, spesies ini dilindungi di bawah Akta Perikanan 1995 dan juga di bawah Enakmen Penyu dan Kaedah-kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) yang dikuatkuasakan di peringkat negeri masing-masing.

Syiling Tuntung Laut - Depan

Syiling Tuntung Laut -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.


Rabu, 3 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Ketiga

LUMBA-LUMBA/BOTTLENOSE DOLPHIN


Keluarga : Delphinidae
Nama Biasa : Bottlenose Dolphin
Nama Melayu : Lumba-lumba
Nama Saintifik : Tursiops Truncatus

Lumba-lumba jenis 'bottlenose' ini bermuncung pendek dan agak tebal serta besar (lebih kurang 75mm panjang) dengan bahagian depan kepalanya mencuram dan mempunyai rahang mulut bahagian bawah yang jelas kelihatan. Lumba-lumba ini mempunyai sirip dorsal yang tinggi, yang terdapat hampir pada bahagian tengah di bahagian belakang. Ia juga mempunyai sirip pektoral yang lebar dan tumpul. Bahagian atasnya berwarna kelabu gelap, dengan sisinya kelabu malap serta bahagian bawah perutnya berwarna putih.


Lumba-lumba ini boleh ditemui dalam kumpulan yang besar , kadangkala mencecah ratusan ekor pada masa-masa tertentu tetapi lebih biasa ditemui dalam kumpulan yang lebih kecil antara dua hingga lima belas ekor. Lumba-lumba ini boleh ditemui di serata tempat di seluruh dunia dalam perairan yang beriklim sederhana dan tropika. Ia sering kali ditemui di kawasan pelabuhan, tanjung, lagun, kawasan muara dan kuala. Lumba-lumba ini makan pelbagai jenis makanan termasuk ikan dan adakalanya sotong dan krustasia.

Di Malaysia, spesies lumba-lumba ini dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999, Akta Perikanan 1985.

Syiling Lumba-lumba - Depan

Syiling Lumba-lumba -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM35 - RM70. Syiling ini agak mahal berbanding keluaran lain siri ini kerana ia adalah antara keluaran yang sukar ditemui dijual pada masa kini.



Selasa, 2 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kedua

PENYU KARAH/HAWKSBILL TURTLE


Keluarga : Cheloniidae
Nama Biasa : Hawksbill Turtle
Nama Melayu : Penyu Karah/Penyu Sisik
Nama Saintifik : Eretmochelys Imbricata

Penyu Karah juga dikenali sebagai penyu sisik dan ia mudah dikenali kerana bentuk mulutnya yang menyerupai paruh burung helang. Susunan karapasnya (cengkerang) yang bertindih seperti bersisik dan berwarna coklat tua. Makanan utamanya terdiri daripada span laut dan karang lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang yang juga menjadi habitat penyu ini.


Musim bertelurnya adalah sepanjang tahun di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, manakala di Pantai Timur Semenanjung pula adalah di antara Januari hingga September dengan jumlah telur di antara 70 biji hingga 160 biji setiap kali bertelur. Pendaratan utama Penyu Karah adalah di negeri Melaka. Pendaratan penyu ini juga berlaku di negeri Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Di Malaysia spesies ini dilindungi di bawah Enakmen atau Peraturan Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) yang dikuatkuasakan di negeri masing-masing dan juga di bawah Akta Perikanan 1985.

Syiling Penyu Karah - Depan

Syiling Penyu Karah - Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.



Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Pertama

PENYU AGAR/GREEN TURTLE


Keluarga : Cheloniidae
Nama Biasa : Green Turtle
Nama Melayu : Penyu Agar
Nama Saintifik : Chelonia Mydas

Penyu Agar berwarna coklat buah zaitun atau coklat tua kehitaman pada cengkerangnya. Cengkerang Penyu Agar ini mempunyai pelbagai warna tetapi di bawah badannya berwarna putih.

Makanannya terdiri daripada rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara bulan April hingga bulan September dan penyu betina menghasilkan antara 100 biji hingga 140 biji setiap kali bertelur.


Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Di Malaysia penyu ini dilindungi di bawah enakmen atau Peraturan Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) yang dikuatkuasakan di negeri masing-masing dan juga di bawah Akta Perikanan 1985.

Syiling Penyu Agar - Depan

Syiling Penyu Agar -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.