Selasa, 30 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9)

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga duit syiling peringatan sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). RMKe-9 yang telah dibentangkan pada bulan Mac 2006 menggariskan agenda pembangunan Malaysia. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, pada 13 November 2006. 

Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi teknikal seperti yang berikut :
1) Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,028 sekeping. Hanya sebanyak 500 keping ditempa.

2) Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM138 sekeping. Hanya sebanyak 500 keping ditempa.

3) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling itu boleh juga didapati dalam set tiga dan set dua. Set tiga mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf, manakala set dua mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Kedua-dua set itu akan dijual masing-masing pada mulanya dengan harga RM1,268 dan RM188. Butir-butir terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMKe-9)

Spesifikasi Teknikal
 
Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Tempaan Dibenar- kan
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,028
500
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
138
300
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
8
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2-dalam-1
10+1
188
300
Set 3-dalam-1
100+10+1
1,268
500

Nota:
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak, dan emas Nordic pruf.
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak, dan emas Nordic pruf.

 

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan RMKe-9 : 

Sebelah Hadapan Duit Syiling
Sebelah hadapan duit syiling bagi kesemua denominasi memaparkan potret Perdana Menteri. Perkataan "CEMERLANG GEMILANG TERBILANG" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan denominasi duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. 

Sebelah Belakang Duit Syiling
Sebelah belakang duit syiling digambarkan menerusi empat elemen utama yang memakai simbol peta dunia, atom, double helix (DNA) dan daun-daun diolah yang mewakili lima teras utama RMKe-9.

Simbol peta dunia mewakili persekitaran ekonomi global dan kesediaan negara menghadapi cabaran. Simbol atom dan double helix (DNA) pula mewakili bidang sains, teknologi dan inovasi yang membolehkan negara menjana sumber kekayaan baru melalui teknologi dan sektor intensif pengetahuan seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan bioteknologi. Daun-daun yang diolah pula mewakili sektor pertanian yang digiatkan semula dengan tumpuan pada pertanian secara moden dan komersial dalam skala besar, aplikasi teknologi moden yang lebih meluas, produk nilai tambah yang lebih banyak, pemanfaatan potensi bioteknologi, dan pengukuhan rangkaian pemasaran dan global.

Perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN" dan tempoh rancangan "2006-2010" tertera pada bahagian atas duit syiling.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual pada 13 November 2006 di lokasi-lokasi berikut : 

The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(No. Tel.: 03 - 55191611/2/3) 

Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(No. Tel.: 03 - 26988044) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan