Jumaat, 14 Februari 2014

Duit Syiling Peringatan Perak Peruf Sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (Silver Proof Coin)


Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan perak peruf ini bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Ipoh, Perak pada 29 Mei 2012.


Duit syiling perak pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada mulanya pada harga RM150 sekeping. Hanya sebanyak 600 keping sahaja ditempa. Spesifikasi teknikal syiling adalah seperti yang tertera dalam jadual berikut:


Bentuk syiling ini adalah bulat dengan sisi bergerigi. Rekabentuk bahagian hadapan syiling ini dibahagian tengah syiling dihiasi dengan logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia tertera di tengah duit syiling ini dan perkataan Ulang Tahun Ke-100 pada bahagian atasnya sebagai menandakan sambutan ulang tahun pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antarabangsa yang keseratus, yang diadakan selama tiga tahun, dari tahun 2010 hingga 2012. Pada bahagian bawah duit syiling pula tertera perkataan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. 

Sementara rekabentuk bahagian belakang dihiasi dengan logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibahagian tengah syiling sebagai menggambarkan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Sedunia ini. Perkataan Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawahnya. Rekabentuk syiling boleh dilihat seperti di bawah:

Syiling Perak Pandu Puteri dan Pengakap Puteri ke 100 - Depan

Syiling Perak Pandu Puteri dan Pengakap Puteri ke 100 - Belakang
Kod:00.003
Harga semasa (2014) untuk syiling perak peruf ini adalah diantara RM300 - RM450. Harga syiling ini telah meningkat sekali ganda berbanding dengan harga ketika ia mula-mula dijual memandangkan kuantiti tempaannya yang tidak begitu banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan