Isnin, 22 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (Coin Card)


ANGKASA UNTUK ANDA TEROKAI

Duit syiling peringatan ini dikeluarkan untuk menandakan penyertaan Malaysia dalam perayaan sedunia "International Year of Astronomy 2009" atau Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (IYA2009).


Tahun 2009 telah diisytiharkan sebagai Tahun Astronomi Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui UNESCO dan International Astronomical Union.

IYA2009 dengan tema "The Universe, Yours To Discover" ialah perayaan astronomi sedunia dan juga sumbangannya kepada masyarakat dan kebudayaan. Ia bertujuan menarik minat masyarakat sedunia, terutamanya dari golongan muda terhadap bidang astronomi dan sains. Tahun 2009 juga menandakan genap 400 tahun teleskop astronomi pertama kali digunakan oleh Galileo Galilei.


Di Malaysia, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menerajui pengelolaan perbagai program pendidikan dan penyelidikan sepanjang tahun 2009 untuk menggalakkan orang ramai lebih berminat dan menghargai bidang astronomi.


ANGKASA ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ia ditubuhkan pada tahun 2002 dengan visi untuk memanfaatkan angkasa sebagai wadah penjanaan ilmu, kemakmuran negara dan kesejahteraan masyarakat.

Layari http://www.astronomy2009.gov.my untuk keterangan lanjut berhubung IYA2009 Malaysia.

Syiling Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 - Depan
Reka bentuk bahagian hadapan duit syiling memaparkan Observatori Negara Langkawi dengan teleskop utamanya. Observatori Negara ini digunakan oleh ahli-ahli sains Malaysia untuk meninjau pergerakan planet dan bintang, dan dibuka kepada orang ramai apabila terdapat permintaan untuk menjalankan penyelidikan sains angkasa. Latar belakang duit syiling menggambarkan kumpulan bintang yang dikenali sebagai "Orion Belt" dan planet Saturn. Perkataan "International Year of Astronomy 2009" dipaparkan di bahagian atas duit syiling untuk menandakan perayaan global astronomi.

Syiling Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 - Belakang

Reka bentuk bahagian belakang duit syiling memaparkan logo rasmi IYA2009 dan tema utamanya "The Universe, Yours To Discover". Perkataan Bank Negara Malaysia dipaparkan di bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling terletak di bawah.

Kod:00.53
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM40.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan