Isnin, 22 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan perayaan sedunia Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (IYA2009). Duit syiling peringatan ini dilancarkan pada 13 April 2009 oleh YB Dato' Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM1,200 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 100 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Ia mempunyai nilai muka RM10 dan dijual pada mulanya dengan harga RM150 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 350 keping sahaja.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)
Duit syiling emas Nordic ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada mulanya dengan harga RM10 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 10,000 keping.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM200 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling ini adalah seperti berikut:

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009

Spesifikasi Teknikal

Jenis Logam Nilai Muka
(RM)
Harga Jualan
(RM)
Jumlah Tempaan
(keping/ set)
Garis-pusat
(mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Pruf Emas (Au999.9) 100 1,200 100 22.00 7.96 Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf Perak(Ag92.5) 10 150 350 35.70 21.00 Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic Cu89 Zn5
Al5 Sn1
1 10 10,000 30.00 8.80 Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam 1 10+1 200 200
Set 3 dalam1 100+10+1 1,450 150
  
Nota:
(i) Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf
(ii) Set 3 dalam1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Reka bentuk Duit Syiling

Penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 adalah seperti yang berikut:

Syiling Peringatan Emas - Astronomi

1. Sebelah Hadapan Duit Syiling
Memaparkan Balai Cerap Negara Langkawi dengan teleskop utamanya terletak di sisinya. Latar belakang duit syiling ini memaparkan kumpulan bintang yang dikenali sebagai Orion Belt dan planet Zuhal. Perkataan "International Year of Astronomy 2009" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling sebagai menandakan perayaan astronomi global.

2. Sebelah Belakang Duit Syiling
Memaparkan logo rasmi IYA2009 dan tema utamanya "The Universe, Yours To Discover". Perkataan Bank Negara Malaysia dipaparkan di bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling, di bahagian bawah.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 14 April 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan