Rabu, 19 September 2012

PENERBITAN SIRI KEDUA SPESIES TERANCAM DI BAWAH PROGRAM PENDIDIKAN MELALUI DUIT SYILING

Bermula Januari 2005, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling Siri Spesis Terancam yang kedua di bawah program Pendidikan Melalui Duit Syiling. Siri kedua yang dipanggil Siri Burung ini membawa tema Spesis Burung Terancam. Ia dikeluarkan berikutan kejayaan pengeluaran Siri Spesis Terancam yang pertama yang bertemakan 'Haiwan Darat'.

Sama seperti Siri Haiwan Darat yang dikeluarkan pada tahun 2003, duit syiling Siri Burung menampilkan 12 spesis burung terancam yang terpilih dikeluarkan setiap bulan mulai bulan Januari 2005. Duit syiling dengan reka bentuk burung Barau-Barau merupakan spesis burung terancam yang membuka tirai Siri Burung, diikuti dengan 11 spesis burung terancam terpilih yang lain. Senarai penuh 12 spesis burung terancam dalam Siri ini adalah seperti berikut:

Siri Spesis Haiwan Terancam Siri Burung

Senarai Siri Burung Terancam dan Jadual Keluaran

Burung Terancam
Jadual Keluaran
1.
Barau-Barau Januari 2005
2.
Kuang Raya Februari 2005
3.
Lang Siput Mac 2005
4.
Pekaka Sungai April 2005
5.
Dendang Gajah Mei 2005
6.
Enggang Badak Jun 2005
7.
Merpati Emas Julai 2005
8.
Siul Berjambul Ogos 2005
9.
Takau Rakit September 2005
10.
Bangau Besar Oktober 2005
11.
Pergam Besar November 2005
12.
Tirjup Tanah Disember 2005

Duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5 setiap satu pada ketika itu. Duit syiling ini didatangkan di dalam kad duit syiling yang menarik dan berwarna-warni, lengkap dengan maklumat berkenaan spesis burung yang dikeluarkan.

Spesifikasi teknikal duit syiling ini adalah seperti berikut:
Jenis Aloi Nilai Muka Kuantiti Tempaan Dibenar Setiap Keluaran Garis-pusat (mm) Berat (gram) Bentuk Harga Jualan (RM)
Emas Nordic (Kilatan Istimewa) Cu89 Zn5 Al5 Sn1 25 sen 100,000 30.0 9.16 Bulat dengan sisi bergerigi 5.00

Walaupun pada peringkat awal, pihak Bank Negara Malaysia mengumumkan kuantiti tempaan yang dibenarkan untuk setiap keluaran duit syiling Siri Burung/kedua ini adalah 100,000 keping iaitu sama seperti siri Haiwan Darat/pertama namun mengubahnya kepada hanya 40,000 keping kuantiti tempaan yang dibenarkan untuk setiap keluaran. Mungkin kerana inilah yang menyebabkan harga syiling siri burung ini lebih tinggi berbanding dengan siri haiwan darat.

 

Rekabentuk Duit Syiling 

 

Rekabentuk di sebelah hadapan duit syiling memaparkan satu daripada 12 haiwan terancam tersebut mengikut keluaran seperti di dalam jadual di atas. Ciri-ciri lain termasuk perkataan 'ENDANGERED SPECIES SERIES' di bahagian atas duit syiling. Manakala di bahagian bawah tertera nama haiwan dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan nama saintifik bagi burung berkenaan. Di sebelah belakang duit syiling pula tertera nilai muka duit syiling dan logo untuk Siri Burung yang diwakili oleh Burung Kenyalang. 

Muka depan syiling burung

Muka belakang syiling burung

Sesuatu yang menarik mengenai rekaan syiling burung ini ialah tahun yang dipaparkan di muka belakang syiling. Walaupun syiling ini dikeluarkan pada tahun 2005 dan jelas tertulis di kad duit syiling ini 2005, tahun yang ditempa di muka belakang syiling adalah 2004. Ini mungkin disebabkan syiling ini telah ditempa sejak tahun 2004, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ia hanya dikeluarkan untuk jualan pada awal tahun 2005. Tetapi ini hanya andaian dan cerita sebenar masih tidak diketahui.

Pusat-pusat Jualan 

 

Duit syiling Siri Burung ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Keluaran pertama duit syiling siri ini mula boleh diperolehi dari 31 Januari 2005 dan 11 keluaran berikutnya boleh didapati mengikut jadual di atas. Duit syiling Siri Burung dijual dilokasi berikut:
  1. Coin Shoppe, The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
  2. Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur
  3. Taman Burung, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur   

Kod 08.882
Pada masa ini, harga syiling siri kedua program PMDS ini iaitu burung adalah RM250 - RM360. Walaupun siri haiwan darat terlebih dahulu dikeluarkan iaitu pada tahun 2003 namun keluaran siri burung pada tahun 2005 lebih mahal harganya. Ini mungkin disebabkan oleh kuantiti tempaan yang dibenarkan untuk setiap jenis untuk siri ke dua adalah lebih rendah iaitu sebanyak 40,000 berbanding siri pertama haiwan darat iaitu sebanyak 100,000 untuk setiap jenis.

Siri ini juga didatangkan dalam set kotak seperti siri pertama haiwan darat. Walau bagaimanapun set ini dipecahkan kepada 2 set dimana setiap set mengandungi 6 jenis syiling burung. Set pertama mengandungi syiling burung keluaran pertama hingga ke enam dan set kedua mengandungi syiling burung dari keluaran ke tujuh hingga ke duabelas.

 Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk kedua-dua set yang mengandungi 12 keping dalam 2 kotak ini juga tidak jauh beza dengan 12 keping lengkap tanpa kotak iaitu dijual pada harga antara RM270 - RM450.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan