Khamis, 4 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Keempat

TUNTUNG LAUT/PAINTED TERRAPIN


Keluarga : Emydidae
Nama Biasa : Painted Terrapin
Nama Melayu : Tuntung Laut
Nama Saintifik : Callagur Borneonsis

Tuntung laut berbeza saiznya, dengan spesies betina lebih besar daripada spesies jantan. Spesies betina boleh membesar sehingga 50 sentimeter dan spesies jantan membesar sehingga 40 sentimeter. Ketika musim mengawan, warna kepala spesies jantan akan bertukar menjadi putih dan akan timbul jalur merah di antara dua matanya, manakala spesies betina tidak berubah.

Spesies ini menghasilkan 4 hingga 20 biji telur dalam setiap sangkak dan anak tuntung laut akan keluar dari sangkak selepas 72 hari. Habitat utamanya ialah di paya bakau dan muara sungai yang besar. Makanan utamanya ialah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai. Spesies ini banyak terdapat di Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka.


Musim membiak tuntung laut di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah pada bulan Jun hingga Ogos, manakala di Pantai Barat pula pada bulan Oktober hingga Januari. Di Malaysia, spesies ini dilindungi di bawah Akta Perikanan 1995 dan juga di bawah Enakmen Penyu dan Kaedah-kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) yang dikuatkuasakan di peringkat negeri masing-masing.

Syiling Tuntung Laut - Depan

Syiling Tuntung Laut -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan