Selasa, 30 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 19 Julai 2007, bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur. Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,028 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM138 sekeping. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa.

  • Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)

    Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,268 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM188 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Butir terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN
SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG XIII 
Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Kuantiti Tempaan
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,028
100
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
138
200
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
8
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2-dalam-1
10+1
188
300



Set 3-dalam-1
100+10+1
1,268
300



Nota:
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf.
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Reka bentuk Duit Syiling
Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII:
  • Sebelah Hadapan Duit Syiling

    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong lengkap dengan pakaian kebesaran diraja. Perkataan "SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN" tertera pada bahagian sisi reka bentuk duit syiling, manakala tarikh pertabalan tertera pada bahagian di bawah potret Baginda.

  • Sebelah Belakang Duit Syiling

    Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi Yang di-Pertuan Agong. Perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Nilai muka duit syiling berkenaan tertera pada bahagian atas perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual pada 19 Julai 2007 di lokasi berikut: 

The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan