Rabu, 31 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan 50 Tahun Felda

Bank Negara Malaysia pada 7 Julai 2006 telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Duit syiling peringatan ini menyerlahkan peranan dan sumbangan besar FELDA dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup peneroka. Duit syiling ini juga memberi penghormatan kepada pengasasnya, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua, yang lebih dikenali sebagai bapa pembangunan, atas sumbangan Allahyarham dalam pembangunan negara dan luar bandar.
Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf keluaran terhad ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 9.0 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM1,000 sekeping. Hanya 200 keping sahaja akan ditempa.

  2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf keluaran terhad ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan beratnya ialah 31.1 gram. Nilai muka duit ini ialah RM10 dan dijual pada mulanya dengan harga RM150 sekeping. Hanya 300 keping sahaja akan ditempa.

  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)
    Duit syiling emas nordic ini bernilai muka RM1 dan dijual pada mulanya dengan harga RM8 sekeping. Sebanyak 10,000 keping akan ditempa.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1 dan set 3 dalam 1. Set 2 dalam 1 yang dijual pada mulanya dengan harga RM180 mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf. Set 3 dalam 1 yang dijual pada mulanya dengan harga RM1,200 pula, mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf. 

Reka Bentuk Duit Syiling 
Syiling Emas(pruf) dan Set 2 dalam 1(pruf)
  1. Duit Syiling Emas (pruf)
    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan komoditi utama FELDA, iaitu kelapa sawit dan getah. Tema sambutan ulang tahun ke-50 FELDA, iaitu 'MENEMPA KEJAYAAN' tertera pada bahagian atas duit syiling ini untuk menunjukkan misi FELDA dalam memperbaiki dan meningkatkan kedudukan ekonomi penerokanya dan negara. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan potret pengasas FELDA, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.

  2. Duit Syiling Perak (pruf)
    Reka bentuk sebelah hadapan memaparkan imej daripada tiga generasi peneroka FELDA dan bangunan 50 tingkat Ibu Pejabat FELDA yang dicadangkan. Imej ini melambangkan pertumbuhan dan kejayaan FELDA dalam menaikkan taraf hidup tiga generasi peneroka. Bangunan tinggi itu juga menggambarkan kesungguhan FELDA dalam membantu penerokanya mencapai taraf hidup yang lebih tinggi. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo FELDA dan kepentingannya di rantau ini sebagai pihak berkuasa pembangunan tanah yang terkemuka.

  3. Duit Syiling Emas Nordic (Coin Card)
    Reka bentuk sebelah hadapan memaparkan tangan peneroka FELDA, yang usaha mereka menyokong cita-cita FELDA untuk memasarkan produknya ke pasaran global. Ia menggambarkan dunia sebagai pasaran FELDA, yang terkandung dalam setitis cecair berpunca daripada pembangunan komoditi oleh FELDA, yang dilambangkan oleh dedaun kelapa sawit dan getah yang melatari duit syiling ini. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan potret pengasas FELDA, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
Butiran terperinci adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan 50 Tahun Felda 
 
Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Kuantiti Tempaan
(keping/set)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,000
200
22.0
9.0
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag99.9)
10
150
300
40.0
31.1
Bulat dengan sisi bergerigi
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
8
10,000
34.0
15.5
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam1 Pruf
10+1
180
500
Set 3 dalam 1 Pruf
100+10+1
1,200
500

Nota:
  • Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf, dan
  • Set 3 dalam1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf.


Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini mula dijual pada 7 Julai 2006 di lokasi-lokasi berikut:
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: +603 5519 1611 / 2 / 3)

Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Tel. No: +603 2698 8044)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan