Rabu, 3 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Ketiga

LUMBA-LUMBA/BOTTLENOSE DOLPHIN


Keluarga : Delphinidae
Nama Biasa : Bottlenose Dolphin
Nama Melayu : Lumba-lumba
Nama Saintifik : Tursiops Truncatus

Lumba-lumba jenis 'bottlenose' ini bermuncung pendek dan agak tebal serta besar (lebih kurang 75mm panjang) dengan bahagian depan kepalanya mencuram dan mempunyai rahang mulut bahagian bawah yang jelas kelihatan. Lumba-lumba ini mempunyai sirip dorsal yang tinggi, yang terdapat hampir pada bahagian tengah di bahagian belakang. Ia juga mempunyai sirip pektoral yang lebar dan tumpul. Bahagian atasnya berwarna kelabu gelap, dengan sisinya kelabu malap serta bahagian bawah perutnya berwarna putih.


Lumba-lumba ini boleh ditemui dalam kumpulan yang besar , kadangkala mencecah ratusan ekor pada masa-masa tertentu tetapi lebih biasa ditemui dalam kumpulan yang lebih kecil antara dua hingga lima belas ekor. Lumba-lumba ini boleh ditemui di serata tempat di seluruh dunia dalam perairan yang beriklim sederhana dan tropika. Ia sering kali ditemui di kawasan pelabuhan, tanjung, lagun, kawasan muara dan kuala. Lumba-lumba ini makan pelbagai jenis makanan termasuk ikan dan adakalanya sotong dan krustasia.

Di Malaysia, spesies lumba-lumba ini dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999, Akta Perikanan 1985.

Syiling Lumba-lumba - Depan

Syiling Lumba-lumba -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM35 - RM70. Syiling ini agak mahal berbanding keluaran lain siri ini kerana ia adalah antara keluaran yang sukar ditemui dijual pada masa kini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan