Khamis, 18 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-125 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Coin Card)


Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) adalah antara agensi kerajaan perintis di Malaysia. Jabatan ini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan dan merupakan pihak berkuasa dalam bidang ukur dan pemetaan. Sejak penubuhannya, jabatan ini telah meletakkan asas bagi pembangunan sosioekonomi dan kedaulatan negara.


Aktiviti ukur di Malaysia bermula lebih daripada 100 tahun lalu. Pada tahun 1885, Jabatan Ukur yang pertama telah ditubuhkan dinegeri Johor. Hingga kini, jabatan ini telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi menjalankan aktiviti ukur dan pemetaan.


Sejak penubuhannya, JUPEM telah berkembang dan mengetengahkan pelbagai inovasi serta menerima pakai teknologi terkini dalam bidang ukur dan pemetaan, sejajar dengan misinya untuk menjadi agensi yang terunggul dalam bidang perkhidmatan ukur dan pemetaan. Ini termasuk perpindahan kepada data digital, pangkalan data digital dan penggunaan aplikasi satelit.

Syiling Ulang Tahun 125 JUPEM - Depan




Syiling Ulang Tahun 125 JUPEM - Belakang
Kod:00.53
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM15 - RM40.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan