Isnin, 22 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Penubuhan St.John Ambulans Malaysia (SJAM)

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-100 penubuhan St.John Ambulans Malaysia (SJAM). Duit syiling peringatan ini dilancarkan pada 24 Jun 2008 oleh YB Dato' Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan, Kuala Lumpur.
Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,248 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM138 sekeping. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa.



Set 3 dalam 1 Ulang Tahun ke- 100 SJAM
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,438 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM188 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:




Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Kuantiti Tempaan
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,248
100
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
138
350
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Cu89 Zn5
Al5 Sn1
1
8
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2-dalam-1

10+1
188
200



Set 3-dalam-1

100+10+1
1,438
150



Nota:
  • Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf
  • Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.
 


Reka bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun ke-100 penubuhan SJAM.

Sebelah Hadapan Duit Syiling

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan gambar dua sukarelawan SJAM sedang membawa pesakit ke dalam ambulans. Perkataan St.John Ambulans Malaysia tertera pada bahagian sisi atas duit syiling, manakala cogan kata rasmi SJAM, iaitu Perkhidmatan Bagi Manusia, dipaparkan pada bahagian sisi bawah duit syiling tersebut.

Sebelah Belakang Duit Syiling

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi SJAM pada bahagian tengah duit syiling. "St.John's Wort", sejenis tumbuhan herba berbunga kuning yang digunakan untuk merawat luka, lecur, gigitan serangga dan penyakit malaria dipaparkan mengelilingi bahagian bawah lambang rasmi SJAM. Perkataan Ulang Tahun Ke-100 dipaparkan pada bahagian atas sisi duit syiling menandakan tempoh 100 tahun penubuhan SJAM manakala perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang, tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling. Nilai muka duit syiling tertera di bawah pada bahagian tengah duit syiling tersebut. Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini adalah seperti imej di atas.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 24 Jun 2008 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan