Jumaat, 12 Oktober 2012

PANDUAN MUDAH MENGGRED SYILING

Diberikan di bawah adalah set gred untuk mengadar keadaan syiling. Penilaian adalah mustahil tanpa pengetahuan penggredan dan percayalah tiada pengganti untuk pengalaman. Berikut adalah panduan untuk skim penggredan utama yang digunakan:

Poor / Fair (P)
Tulisan dan gambarnya amat sukar dibaca. Namun keseluruhan reka bentuk masih dapat dilihat. Biasanya tidak dihirau oleh para pengumpul.

Good (G)
Tulisan dan gambarnya pudar tapi masih dapat dibaca. Permukaannya telah diratakan. Sebahagian daripada tulisan mungkin sukar dikenalpasti. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah. Melainkan ianya duit syiling yang sukar dijumpai, ia tidak digemari oleh para pengumpul.

Fine (F)
Masih menunjukkan keseluruhan reka bentuknya. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah.

Very Fine (VF)
Terdapat kesan calar, bukti penggunaan yang terhad. Terdapat tompok pada permukaan, namun tulisan dan gambaran jelas kelihatan.

Extremely Fine (EF)
Terdapat bintik tompok pada permukaan. Masih jelas dan tajam kelihatan. Warnanya masih terpelihara.

Uncirculated (UNC)
Tiada kesan calar ataupun pecahan. Kesan calar yang amat sedikit mungkin disebabkan oleh ketidak sempurnaan semasa penempaan. Syiling yang lama mungkin kelihatan sedikit warna asalnya.
  
Brilliant Uncirculated (BU)
Warna asal yang jelas. Tiada kesan kotoran atau kesan calar.

Fleur de Coin (FDC)
Proses penempaan yang sempurna, tiada kesan calar. Warna asal yang jernih. Biasanya digunakan untuk syiling Peruf (Proof)

Proof (PROOF)
Sering dijalankan dengan menggunakan acuan yang dikilatkan dan mengenakan dua kali ganda tekanan ke atasnya bagi memastikan acuan dipenuhi sepenuhnya. Salah satu kriteria utama ialah mereka mempunyai permukaan yang tajam dan amat jelas.


Banyak syiling mungkin akan jatuh antara gred, jadi terma seperti "nearly VF", "good VF", "gem VF" dan "gem BU" digunakan. Sistem penggredan ini popular di USA tetapi tidak digunakan di UK.

Apa itu wang syiling "Proof"
Proof adalah duit syiling yang ditempa untuk tujuan cenderamata, pameran, contoh atau untuk tujuan numismatik. Proof merujuk kepada cara tempaan dan bukan keadaan duit syiling. Duit syiling proof biasanya boleh dibezakan oleh reka bentuknya yang jelas, tepi yang tajam dan permukaan yang cerah bagaikan cermin.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan