Rabu, 17 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tabung Alam Sedunia (Coin Card)


World Wide Fund for Nature (Tabung Alam Sedunia) 
World Wide Fund for Nature atau WWF ditubuhkan pada 29 April 1961 dan telah berkembang menjadi organisasi pemuliharaan alam bebas terbesar di dunia. Selama lima puluh tahun, panda hitam putih merupakan lambang WWF yang terkenal di banyak negara. Organisasi ini agak bertuah kerana lebih daripada lima juta penduduk di seluruh dunia menyokong usaha ini. Sokongan terhadap usaha ini dianggarkan bernilai berbilion dolar. Setelah melabur lebih US$ 1bilion untuk lebih daripada 12,000 inisiatif pemuliharaan semenjak tahun 1985, WWF terus berusaha untuk mencapai keseimbangan antara tuntutan kita terhadap dunia dengan pelbagai bentuk kehidupan yang ada bersama-sama kita

Matlamat WWF adalah untuk menghentikan kemerosotan alam semula jadi dan membina masa depan agar manusia dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dengan alam semula jadi. WWF - Malaysia, iaitu badan amanah pemuliharaan alam negara, kini mengendalikan lebih daripada 75 projek yang merangkumi pelbagai kerja pelindungan alam sekitar, daripada pemuliharaan harimau dan penyu sehinggalah perlindungan hutan, sungai dan laut kita. Di Malaysia, penyu laut, Burung Kenyalang Badak, Tapir Malaya, Harimau Malaya, Badak Sumatera dan Gajah Asia adalah hidupan liar yang terancam atau diancam

WWF - Malaysia juga menganjurkan program pendidikan mengenai alam sekitar dan melaksanakan inisiatif serta menyokong usaha untuk mencapai matlamat pemuliharaan serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat ke arah amalan perniagaan yang bersesuaian. Dengan memulihara sumber semula jadi kita, WWF - Malaysia membantu melindungi mata pencarian, bekalan makanan dan air sekali gus menjamin kualiti hidup yang baik dan masa depan anak-anak kita.

_______________________________________________________________________

Penyu laut telah meneroka perairan dunia kira-kira 100 juta tahun dan sebahagian daripada tujuh spesies penyu laut yang masih ada bertelur di pantai-pantai Malaysia.

Burung Kenyalang Badak mudah dikenali kerana keunikan casque (struktur seperti topi pada kepala haiwan) berbentuk pisang yang ada pada kepala burung yang dipercayai dapat membuatkan suara burung ini lebih kuat dan lebih mudah didengar dalam hutan padat. Burung ini merupakan simbol negeri Sarawak.

Tapir Malaya iaitu tapir terbesar dan mempunyai muncung terpanjang diantara empat spesies tapir yang masih ada dan satu-satunya yang berasal dari Asia.

Harimau Malaya ialah salah satu daripada enam subspesies harimau yang tinggal dan hanya dapat ditemui di Semenanjung Malaysia, iaitu penempatan populasi harimau liar yang mungkin terbesar di dunia selepas India.

Gajah Asia merupakan herbivor terbesar di hutan Malaysia, dan gajah pigmi Borneo, iaitu salah satu daripada empat subspesies gajah Asia, hanya boleh didapati di Sabah.

Badak Sumatera yang sangat terancam merupakan badak yang paling kecil daripada lima spesies badak yang masih ada dan kini ditemui di tiga tempat iaitu Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera.
_______________________________________________________________________

Syiling Ulang Tahun ke-50 WWF - Depan

Syiling Ulang Tahun ke-50 WWF - Belakang

Kod:00.53
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM15 - RM40.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan