Jumaat, 19 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan (Coin Card)


Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa-Sinensis Rex telah diisytiharkan secara rasmi sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Julai 1960.


Lima kelopak Bunga Raya melambangkan lima prinsip Rukun Negara dalam memupuk perpaduan dan membentuk masyarakat yang adil dan saksama. Warna merahnya pula menggambarkan kekukuhan ekonomi dan politik negara serta keberanian dalam menempuh cabaran. Secara umum, kepelbagaian saiz dan warna Bunga Raya melambangkan keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.


Bunga Raya juga telah diabadikan sebagai salah satu imej pada Jata Negara pada 19 Mei 1983. Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 7 Julai 2007.

Syiling Ulang Tahun ke-50 Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan - Depan

Syiling Ulang Tahun ke-50 Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan - Belakang
Kod:00.53
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM45.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan