Selasa, 23 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Penubuhan St.John Ambulans Malaysia (Coin Card)


St. John Ambulans (St. John Ambulance Association, SJAA) ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1908. SJAA yang ahli-ahlinya terdiri daripada kakitangan awam British dan pegawai perubatan Tentera British di Malaya, ditubuhkan untuk mengajar dan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas. Ini diikuti oleh penubuhan cawangan Briged St. John Ambulans (St. John Ambulance Brigade, SJAB) di beberapa buah negeri pada tahun 1938 untuk menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas dan ambulans.

Logo St. John Ambulans Malaysia

Pada tahun 1972, SJAA dan SJAB digabungkan menjadi entiti tunggal yang kini dikenali sebagai St. John Ambulans Malaysia (SJAM) bagi menyelaraskan aktiviti kedua-dua organisasi tersebut di negara ini. Penggabungan ini dibuat berikutan pelulusan Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia, 1972.


SJAM merupakan organisasi sukarela yang bukan berasas keuntungan dan kini mempunyai lebih daripada 68,000 sukarelawan di seluruh negara. SJAM sebagai organisasi pertolongan cemas yang ulung di Malaysia, memberikan perkhidmatan pertolongan cemas dan perawatan di rumah kepada mereka yang memerlukan.


Selain itu, ia turut menyediakan bantuan perubatan dan perawatan semasa acara sukan, festival, perbarisan dan acara lain serta membantu semasa berlakunya bencana seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh, kapal terbang terhempas dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini mencerminkan moto SJAM "Pro Utilitate Hominum" yang bermaksud "Perkhidmatan Bagi Manusia" - amalan membantu yang sakit dan yang menderita yang sudah menjangkau seabad.

Syiling Ulang Tahun ke-100 St. John Ambulans Malaysia - Depan

Syiling Ulang Tahun ke-100 St. John Ambulans Malaysia - Belakang

Kod:00.07
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM50 - RM75.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan