Isnin, 15 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Duit syiling peringatan ini telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2012.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada asalnya dengan harga RM1,800 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.
     
  2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada asalnya dengan harga RM150 sekeping. Sebanyak 600 keping sahaja ditempa.
     
  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)
    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan dijual pada asalnya dengan harga RM10 sekeping. Sebanyak 15,000 keping duit syiling peringatan ini telah ditempa.
Duit-duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set tiga dalam satu dan set dua dalam satu. Set Tiga dalam Satu mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM2,000 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set Dua dalam Satu pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini adalah seperti berikut:



Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena
Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Logam
Nilai Muka
(RM)
Harga Jualan
(RM)
Kuantiti Tempaan (keping/set)
Garis Pusat
(mm)
Berat
(gram)
Emas Pruf
Emas
(Au999.9)
100
1,800
500
22.0
7.96
Perak
(Ag92.5)
10
150
600
35.70
21.00
Cu89 Zn5
Al5 Sn1
1
10
15,000
30.00
8.80
Set Dua dalam Satu

10+1
200
500


Set Tiga dalam Satu

100+10+1
2,000
500



Nota:
1. Set Dua dalam Satu mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf.
2. Set Tiga dalam Satu mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Reka Bentuk Duit Syiling

Bentuk syiling ini adalah bulat dengan sisi bergerigi. Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Bahagian Hadapan Duit Syiling

    Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV, dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Nama penuh Seri Paduka Baginda tertera pada bahagian lilitan duit syiling.
     
  2. Bahagian Belakang Duit Syiling

    Reka bentuk pada bahagian tengah duit syiling memaparkan imej Istana Negara yang baharu dan lambang kebesaran diraja. Perkataan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nama Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini. Nilai muka duit syiling ini dipaparkan pada bahagian atas nama Bank Negara Malaysia. 
Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 28 Jun 2012 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru, dan cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan