Isnin, 22 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (Coin Card)



Duit syiling peringatan ini dikeluarkan sempena Ulang Tahun ke-75 Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)

TLDM telah mencapai kemajuan yang besar sejak penubuhannya pada tahun 1934 iaitu sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. TLDM, yang pada mulanya menggunakan kapal-kapal kayu yang dihadiahkan oleh Kerajaan Britain, kini telah berjaya melalui transformasi untuk menjadi sebuah kuasa yang disegani, serta dilengkapi dengan teknologi terkini yang canggih.


TLDM melakar sejarah baharu dengan pembelian dua buah kapal selam jenis SCORPENE iaitu Kapal DiRaja TUNKU ABDUL RAHMAN dan Kapal DiRaja TUN RAZAK. Pemerolehan kedua-dua kapal selam Kelas PERDANA MENTERI ini ialah sebahagian daripada tujuan strategik untuk membangunkan sebuah angkatan laut yang perkasa dengan kebolehan beroperasi dalam keempat-empat dimensi peperangan laut.


Dengan kemajuan besar yang dicapai, kini TLDM boleh berbangga kerana mempunyai keupayaan teknologi canggih dan kepakaran dalam melaksanakan tanggungjawap yang diamanahkan bagi memelihara kedaulatan perairan Maritim Malaysia. Disamping itu, TLDM juga telah berjaya memartabatkan Malaysia sebagai sebuah Negara Maritim yang berwibawa.

Syiling Ulang Tahun Ke-75 TLDM - Depan

Syiling Ulang Tahun Ke-75 TLDM - Belakang
Kod:00.04
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM50.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan