Selasa, 9 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Kesembilan

YU PAUS, JERUNG PAUS/WHALE SHARK


Keluarga : Rhincodontidae
Nama Biasa : Whale Shark
Nama Melayu : Yu Paus/Jerung Paus
Nama Saintifik : Rhincodon Typus

Jerung Paus ialah spesies ikan yang terbesar di laut. Kepalanya yang lebar seperti kapal dengan bintik dan garisan putih pada bahagian belakang badannya. Ia mempunyai hidung yang muncung serta bulat, mata yang kecil, lima lubang insang yang sangat besar, dua sirip dorsal pada bahagian belakang di samping dua sirip pectoral pada sisinya. Jerung Paus bernafas melalui spirakel yang terletak hampir pada bahagian belakang matanya.

Jerung Paus mempunyai jaluran berwarna kuning kecerahan dan bintik-bintik, yang jelas kelihatan pada kulitnya yang amat tebal dan berwarna kelabu kehitaman. Ketebalan kulit Jerung Paus boleh mencapai 10 sentimeter.


Plankton ialah makanan Jerung Paus yang ditapis daripada air laut. Jerung Paus hidup dalam air laut yang bersuhu sederhana panas di seluruh dunia dan menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya dekat dengan permukaan air.

Di Malaysia, Jerung Paus dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam) 1999 dan Akta Perikanan 1985.

Syiling Yu Paus/Jerung Paus - Depan

Syiling Yu Paus/Jerung Paus -Belakang

Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan