Jumaat, 19 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keretapi Tanah Melayu Ke-125

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-125 Keretapi Tanah Melayu (KTM). Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan pada 21 Jun 2010 oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. 

Ketiga-tiga duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) dan mempunyai spesifikasi berikut:
Syiling Peringatan Emas (pruf)
  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Ia bernilai muka RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM1,200 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 150 keping.

Syiling Peringatan Perak (pruf)
  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Ia bernilai muka RM10 dan dijual pada mulanya dengan harga RM150 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 300 keping. 

Syiling Peringatan Emas Nordic



Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 250 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM150 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Logam
Nilai Muka
(RM)
Harga Jualan
(RM)
Tempaan Dibenarkan
Garispusat
(mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,200
150
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
150
300
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
10
15,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam 1
 
10+1
200
200



Set 3 dalam 1
 
100+10+1
1,450
250



Nota:
  1. Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf
  2. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf.

Reka bentuk Duit Syiling
Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini adalah seperti imej di atas.
  • Bahagian Hadapan
    Memaparkan perkembangan dan transformasi kereta api negara sejak 125 tahun yang lalu, bermula daripada kereta api lokomotif berkuasa arang batu kepada Sistem Kereta Api Elektrik (Electric Train System, ETS), iaitu kereta api terbaharu dalam kumpulan kereta api KTM yang sedia ada. Perkataan "Keretapi Tanah Melayu" dan "125 Tahun" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala tahun "1885 - 2010" pula dipaparkan pada bahagian bawah permukaan duit syiling.
  • Bahagian Belakang
    Memaparkan imej logo KTM yang sedia ada di tengah-tengah duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling ini tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai mukanya pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling. 
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan dijual mulai 22 Jun 2010 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan