Selasa, 23 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).  Duit syiling peringatan ini, yang dilancarkan pada 31 Mei 2008 oleh DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia, diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,248 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.
     
  2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM138 sekeping. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa.
     
  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)
    Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,438 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM188 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)
Spesifikasi Teknikal

Jenis
Logam
Nilai Muka
(RM)
Harga Jualan
(RM)
Jumlah Tempaan
(keping/ set)
Garis-pusat
(mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,248
100
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
138
350
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Cu89 Zn5
Al5 Sn1
1
8
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam 1

10+1
188
200



Set 3 dalam1

100+10+1
1,438
150



  
Nota:
(i) Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf
(ii) Set 3 dalam1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Reka bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan TUDM
  1. Sebelah Hadapan Duit Syiling
    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan transformasi pesawat TUDM, yang dilambangkan oleh pesawat pertama TUDM iaitu "Twin Pioneer" dan pesawatnya yang terbaharu dibeli iaitu "Sukhoi Su-30MKM". Garisan yang menyambungkan kedua-dua pesawat ini memaparkan perkembangan yang telah dilalui oleh TUDM sepanjang 50 tahun dalam sejarah penerbangan. Perkataan Ulang Tahun Ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia serta tahun 1958 dan 2008 pula tertera pada bahagian sisi duit syiling tersebut, yang memperlihatkan pencapaian TUDM.
     
  2. Sebelah Belakang Duit Syiling
    Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan tanda kebesaran TUDM pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA tertera pada bahagian sisi atas duit syiling, manakala nilai mukanya tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.  

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 2 Jun 2008 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan