Selasa, 23 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia (Coin Card)


GEMILANG 50 TAHUN TUDM

Logo TUDM

Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), yang diamanahkan menjadi tunggak pertahanan udara negara, telah ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958 di Pangkalan Tentera Udara DiRaja, Sungai Besi, Kuala Lumpur setelah Ordinan Tentera Udara 1958 diluluskan oleh Parlimen. Sebelum itu, TUDM dikenali sebagai Tentera Udara DiRaja Persekutuan.


Operasi TUDM bermula apabila negara memperoleh kumpulan pesawat terawal jenis 'Scottish Aviation Twin Pioneers', yang kemudiannya menjadi Skuadron No.1. Pesawat ini digunakan khusus dalam membantu operasi ketenteraan bagi membanteras kegiatan pengganas komunis semasa kemuncak darurat, serta dalam penerbangan tentera dan awam. Dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, TUDM dengan rasminya dikenali sebagai Tentera Udara DiRaja Malaysia.


TUDM, yang bermula dengan sederhana, telah berkembang pesat dan kini menjadi tentera udara yang dinamik dan profesional serta mampu mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman musuh. Hari ini, TUDM mengendalikan pesawat-pesawat yang canggih dan berteknologi tinggi termasuk SU30MKM, F/A 18D, MiG29N, C130H dan S70 Blackhawk.

Syiling Ulang Tahun ke-50 TUDM - Depan

Syiling Ulang Tahun ke-50 TUDM - Belakang

Kod:00.04
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM50.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan