Selasa, 23 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-50

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang Ke-50. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Dr. Rais Yatim pada 30 Julai 2007, bertempat di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,250 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM235 sekeping. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)
Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM15 sekeping. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,500 setiap set dan hanya terdapat 1,000 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM250 setiap set dan hanya terdapat 1,000 set sahaja. Butir terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-50

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Kuantiti Tempaan
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,250
100
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
235
200
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
15
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2-dalam-1

10+1
250
1,000



Set 3-dalam-1

100+10+1
1,500
1,000



Nota:
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf.
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.


Reka bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-50:

Syiling Peringatan Emas (pruf)

Sebelah Hadapan Duit Syiling
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambaran bangunan Sultan Abdul Samad dengan berlatarbelakangkan gambaran bangunan Parlimen, Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Gabungan reka bentuk empat bangunan ini menggambarkan kesinambungan dan kemajuan negara. Simbol rasmi perayaan terletak pada bahagian tengah atas duit syiling, manakala perkataan "SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN" tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.

Sebelah Belakang Duit Syiling
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan Jata negara. Angka "1957" dan "2007" masing-masing tertera pada sebelah kiri dan kanan duit syiling untuk menandakan 50 tahun kemerdekaan negara. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian sisi atas duit syiling, manakala nilai mukanya tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan dijual pada 30 Julai 2007 di lokasi berikut:
a) Balai Seni Lukis Negara
No. 2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(No. Tel: 03-40254990)
(Dijual dari 30 Julai 2007 hingga 5 Ogos 2007)

b) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Tingkat 16, Menara TH Perdana
1001, Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
(No. Tel: 26128221)

c) The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(No.Tel: 03 - 55191611/2/3)
(Duit syiling emas, duit syiling perak dan duit syiling emas Nordic hanya dijual secara berasingan)

d) Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang
Bank Negara Malaysia
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(No. Tel: 26988044)
(Duit syiling emas, duit syiling perak dan duit syiling emas Nordic hanya dijual secara berasingan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan