Jumaat, 19 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Parlimen Malaysia

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia. Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YB Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, Yang di-Pertua Dewan Negara, di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2009

Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,200 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM150 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)

Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,450 setiap set dan terdapat 250 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM200 dan terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena
Sambutan Ulang Tahun Ke-50
Penubuhan Parlimen Malaysia 

Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Kuantiti Tempaan (keping/set)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,200
100
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
150
300
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
10
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam 1
10+1
200
200
 
 
 
Set 3 dalam 1
100+10+1
1,450
250
 
 
 

Nota:
  • Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf, dan
  • Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.
Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Parlimen Malaysia:
Syiling Peringatan Emas (pruf)
Bahagian Hadapan Duit Syiling

Memaparkan bangunan Parlimen dengan tahun "1959 - 2009" tertera di bawahnya. Pada sisi duit syiling tersebut, terdapat lambang anak bulan dengan perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia" tertera di dalamnya. Anak bulan ini melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Pada bahagian atas kanan duit syiling itu tertera bintang pecah 14 yang melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Bahagian Belakang Duit Syiling

Memaparkan jata negara (crest) Malaysia serta cokmar-cokmar Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Cokmar, iaitu sejenis alat kebesaran diraja, melambangkan kekuasaan Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawah duit syiling ini.
Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 3 Julai 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur (BNMLINK), dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan