Jumaat, 19 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, bertempat di Kompleks Perbadanan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur pada 30 September 2010

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Syiling Peringatan Emas (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,200 sekeping. Sebanyak 150 keping sahaja ditempa.

  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Syiling Peringatan Perak (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM150 sekeping. Sebanyak 400 keping sahaja ditempa.





Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,450 dan hanya terdapat 300 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM200 dan hanya terdapat 600 set sahaja. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan

Spesifikasi Teknikal

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Kuantiti Tempaan (keping/set)
Garis pusat (mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,200
150
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
150
400
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
10
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam 1
 
10+1
200
600
 
 
 
Set 3 dalam 1
 
100+10+1
1,450
300
 
 
 
Nota:
  1. Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf; dan
  2. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Reka Bentuk Duit Syiling
Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-50 pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan:
  • Bahagian Hadapan Duit Syiling
    Imej Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini, manakala perkataan "50 Tahun" dipaparkan pada bahagian atas syiling dan tahun "1960 - 2010" tertera di bawah imej Bunga Raya. Perkataan "Bunga Raya Bunga Kebangsaan" dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

  • Bahagian Belakang Duit Syiling
    Peta Malaysia berlatarbelakangkan bendera Malaysia dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling ini. Perkataan "Bank Negara Malaysia" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling dipaparkan di bawah perkataan "Bank Negara Malaysia". "Jabatan Warisan Negara" selaku jabatan yang bertanggungjawab terhadap sambutan ulang tahun pengisytiharan ini dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling peringatan. Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini adalah seperti imej di atas.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 1 Oktober 2010 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan