Rabu, 31 Oktober 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan 50 Tahun Felda (Coin Card)


LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956

VISI

Berusaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka melalui jentera pengurusan yang berdedikasi dan cekap sepanjang masa serta menyumbang kepada kejayaan Wawasan Negara melalui peningkatan hasil produktiviti agrikultur. Mewujudkan perindustrian yang berdaya-saing, maju dan menguntungkan.


PENEROKAAN ERA BARU 

Menjelang 50 Tahun Felda
Aktiviti utama ialah membuka kawasan baru bagi pembangunan agrikultur dan pembangunan masyarakat luar bandar bagi membantu individu miskin yang tidak mempunyai tanah. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup peneroka agar mengurangkan perbezaan taraf hidup di antara masyarakat sektor luar bandar dan kawasan bandar di dalam negara.
Sebagai melengkapkan program pembangunan, perkhidmatan sokongan dalam bentuk pemprosesan, pengangkutan, dan pemasaran produk ladang serta perkhidmatan lain turut diadakan. Perkhidmatan ini telah diwujudkan oleh syarikat dan syarikat usahasama yang ditubuhkan oleh FELDA.

 

GENERASI BARU FELDA

Program penekanan pendidikan secara profesional untuk Generasi Baru FELDA terus diberi tumpuan dan mereka diseru untuk mengubah minda dengan memberi penekanan kepada bidang pendidikan moden serta menceburi bidang yang lebih mencabar, inovatif dan kreatif.

Syiling Ulang Tahun-50 FELDA - Depan

Syiling Ulang Tahun-50 FELDA - Belakang

Kod:00.33
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM20 - RM45.



Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan 50 Tahun Felda

Bank Negara Malaysia pada 7 Julai 2006 telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Duit syiling peringatan ini menyerlahkan peranan dan sumbangan besar FELDA dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup peneroka. Duit syiling ini juga memberi penghormatan kepada pengasasnya, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua, yang lebih dikenali sebagai bapa pembangunan, atas sumbangan Allahyarham dalam pembangunan negara dan luar bandar.
Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf keluaran terhad ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 9.0 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM1,000 sekeping. Hanya 200 keping sahaja akan ditempa.

  2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf keluaran terhad ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan beratnya ialah 31.1 gram. Nilai muka duit ini ialah RM10 dan dijual pada mulanya dengan harga RM150 sekeping. Hanya 300 keping sahaja akan ditempa.

  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)
    Duit syiling emas nordic ini bernilai muka RM1 dan dijual pada mulanya dengan harga RM8 sekeping. Sebanyak 10,000 keping akan ditempa.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1 dan set 3 dalam 1. Set 2 dalam 1 yang dijual pada mulanya dengan harga RM180 mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf. Set 3 dalam 1 yang dijual pada mulanya dengan harga RM1,200 pula, mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf. 

Reka Bentuk Duit Syiling 
Syiling Emas(pruf) dan Set 2 dalam 1(pruf)
  1. Duit Syiling Emas (pruf)
    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan komoditi utama FELDA, iaitu kelapa sawit dan getah. Tema sambutan ulang tahun ke-50 FELDA, iaitu 'MENEMPA KEJAYAAN' tertera pada bahagian atas duit syiling ini untuk menunjukkan misi FELDA dalam memperbaiki dan meningkatkan kedudukan ekonomi penerokanya dan negara. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan potret pengasas FELDA, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.

  2. Duit Syiling Perak (pruf)
    Reka bentuk sebelah hadapan memaparkan imej daripada tiga generasi peneroka FELDA dan bangunan 50 tingkat Ibu Pejabat FELDA yang dicadangkan. Imej ini melambangkan pertumbuhan dan kejayaan FELDA dalam menaikkan taraf hidup tiga generasi peneroka. Bangunan tinggi itu juga menggambarkan kesungguhan FELDA dalam membantu penerokanya mencapai taraf hidup yang lebih tinggi. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo FELDA dan kepentingannya di rantau ini sebagai pihak berkuasa pembangunan tanah yang terkemuka.

  3. Duit Syiling Emas Nordic (Coin Card)
    Reka bentuk sebelah hadapan memaparkan tangan peneroka FELDA, yang usaha mereka menyokong cita-cita FELDA untuk memasarkan produknya ke pasaran global. Ia menggambarkan dunia sebagai pasaran FELDA, yang terkandung dalam setitis cecair berpunca daripada pembangunan komoditi oleh FELDA, yang dilambangkan oleh dedaun kelapa sawit dan getah yang melatari duit syiling ini. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan potret pengasas FELDA, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
Butiran terperinci adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan 50 Tahun Felda 
 
Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Kuantiti Tempaan
(keping/set)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,000
200
22.0
9.0
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag99.9)
10
150
300
40.0
31.1
Bulat dengan sisi bergerigi
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
8
10,000
34.0
15.5
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam1 Pruf
10+1
180
500
Set 3 dalam 1 Pruf
100+10+1
1,200
500

Nota:
  • Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf, dan
  • Set 3 dalam1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf.


Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini mula dijual pada 7 Julai 2006 di lokasi-lokasi berikut:
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: +603 5519 1611 / 2 / 3)

Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Tel. No: +603 2698 8044)

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA (Coin Card)


Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikenali bermula dengan penubuhan Institut Teknologi Mara (ITM) dalam tahun 1967. Institusi ini adalah hasil daripada pemikiran pemimpin terdahulu yang berwawasan terutamanya Perdana Menteri Kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Sejarah UiTM bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan Pusat Latihan RIDA. Objektif RIDA adalah untuk membina semula masyarakat luar bandar di samping meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pada bulan Jun 1965 Pusat Latihan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA dan pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA dengan rasminya dikenali pula sebagai Institut Teknologi MARA (ITM).


Dengan penghormatan-penghormatan yang telah diperolehi, ITM telah diberi kuasa penuh untuk menjalankan pentadbiran sendiri di bawah seliaan Kementerian Hel Ehwal Dalam Negeri dan terus berkembang sebagai suatu institusi pendidikan tinggi. Pada hari yang bertuah iaitu pada 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia yang Keempat, iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan nama baru bagi ITM sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Tahun 2006 telah menyaksikan universiti ini sebagai institusi yang berprestij dan mengeluarkan banyak tokoh-tokoh bumiputera yang terkenal dan telah menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi negara. Ia akan terus berkembang seiring dengan kemajuan negara, untuk mencapai objektif menjadi sebuah universiti bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM - Depan

Syiling Ulang Tahun ke-50 UiTM - Belakang
Kod:00.531
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM100 - RM150.




Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA

Bank Negara Malaysia pada 9 November 2006 telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena sambutan jubli emas Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pengeluaran duit syiling peringatan ini adalah sebagai menghargai peranan dan sumbangan penting UiTM melahirkan siswazah dalam bidang perniagaan, dan sains dan teknologi. Sepanjang 50 tahun yang lalu, siswazah UiTM telah menyumbang ke arah pembangunan pelbagai industri dalam ekonomi Malaysia yang pesat membangun.

Ketiga-tiga duit syiling tersebut sah diperlakukan (legal tender) dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
1) Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram setiap keping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,028 sekeping. Hanya sebanyak 300 keping ditempa.

2) Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Nilai muka duit syiling pruf ini ialah RM10. Duit syiling ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram setiap keping. Duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM138 sekeping. Hanya sebanyak 500 keping ditempa.

3) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM8 sekeping. Sebanyak10,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling itu juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Manakala set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Kedua-dua set itu akan dijual masing-masing pada harga RM1,268 dan RM188. Butiran terperinci berkaitan dengan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan itu adalah seperti berikut:

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS UiTM 

Spesifikasi Teknikal
 
Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Tempaan Dibenar- kan
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,028
300
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
138
500
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
8
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2-dalam-1
10+1
188
300
Set 3-dalam-1
100+10+1
1,268
300

Nota:
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak, dan emas Nordic pruf.
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak, dan emas Nordic pruf.

Reka Bentuk Duit Syiling

Deskripsi reka bentuk duit syiling peringatan jubli emas UiTM adalah seperti yang berikut: 

Set 3 dalam 1
Bahagian Depan
Reka bentuk bahagian depan duit syiling ini memaparkan lambang rasmi UiTM sebagai motif utama di bahagian tengah. Perkataan “Universiti Teknologi Mara” diukir dalam tulisan rumi di bahagian atas dan tulisan khat nasakh di bahagian bawah duit syiling. 

Bahagian Belakang
Reka bentuk bahagian belakang memaparkan logo rasmi sambutan jubli emas UiTM dengan perkataan "JUBLI EMAS UiTM 2006" di bahagian atas. Tujuh biji manik di sisi kanan dan kiri pula menggambarkan 14 kampus cawangan UiTM di seluruh Malaysia. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling dipaparkan di bahagian bawah duit syiling. 

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual pada 9 November 2006 di lokasi-lokasi berikut: 

The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(No. Tel.: 03 - 55191611/2/3) 

Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(No. Tel.: 03 - 26988044) 

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) (Coin Card)


PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN (RMKe-9)


RMKe-9, yang dibentangkan di Parlimen pada hujung bulan Mac 2006 merupakan satu pelan tindakan ekonomi dalam agenda Misi Nasional yang akan membawa negara ke arah mencapai taraf sebuah negara maju menjelang Tahun 2020.


Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama:

Teras Pertama: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
Melalui teras ini, kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi dan perkhidmatan.

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama'
Kerajaan akan melaksanakan usaha menambah baikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh. Penekanan akan diberi pada usaha memupuk masyarakat yang berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Teras Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif
Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang dan memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.

Teras Keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain. Namun penekanan harus diberikan pada usaha menangani isu-isu berhubung penyelenggaraan, penaiktarafan dan penggunaan sumber yang berkenaan.

Teras Kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara
Kerajaan komited untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam pada semua peringkat.


Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) akan menggerakkan agenda pembangunan negara untuk tempoh lima tahun pertama dalam Misi Nasional ini, dengan matlamat untuk menterjemahkan teras tersebut kepada program yang membuahkan hasil. Sejajar dengan itu, Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka untuk mencapai tahap ekonomi ekonomi negara yang lebih kukuh dengan nilai tambah yang lebih tinggi, di samping memberi tumpuan kepada isu sosioekonomi dan meningkatan mutu hidup rakyat keseluruhannya.


"RMKe-9 adalah antara peringkat yang penting untuk dijayakan sebelum negara menuju taraf negara maju pada 2020."

"Saingan ini bukan kecil tetapi besar dan hebat. Sekiranya tidak berjaya dengan saingan kita akan ke belakang."

Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi


Syiling Peringatan RMKe-9 (Depan)

Syiling Peringatan RMKe-9 (Belakang)

Kod:00.081
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM150 - RM200.



Selasa, 30 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9)

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga duit syiling peringatan sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). RMKe-9 yang telah dibentangkan pada bulan Mac 2006 menggariskan agenda pembangunan Malaysia. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, pada 13 November 2006. 

Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi teknikal seperti yang berikut :
1) Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,028 sekeping. Hanya sebanyak 500 keping ditempa.

2) Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM138 sekeping. Hanya sebanyak 500 keping ditempa.

3) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling itu boleh juga didapati dalam set tiga dan set dua. Set tiga mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf, manakala set dua mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Kedua-dua set itu akan dijual masing-masing pada mulanya dengan harga RM1,268 dan RM188. Butir-butir terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMKe-9)

Spesifikasi Teknikal
 
Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Tempaan Dibenar- kan
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,028
500
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
138
300
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
8
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2-dalam-1
10+1
188
300
Set 3-dalam-1
100+10+1
1,268
500

Nota:
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak, dan emas Nordic pruf.
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak, dan emas Nordic pruf.

 

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan RMKe-9 : 

Sebelah Hadapan Duit Syiling
Sebelah hadapan duit syiling bagi kesemua denominasi memaparkan potret Perdana Menteri. Perkataan "CEMERLANG GEMILANG TERBILANG" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan denominasi duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. 

Sebelah Belakang Duit Syiling
Sebelah belakang duit syiling digambarkan menerusi empat elemen utama yang memakai simbol peta dunia, atom, double helix (DNA) dan daun-daun diolah yang mewakili lima teras utama RMKe-9.

Simbol peta dunia mewakili persekitaran ekonomi global dan kesediaan negara menghadapi cabaran. Simbol atom dan double helix (DNA) pula mewakili bidang sains, teknologi dan inovasi yang membolehkan negara menjana sumber kekayaan baru melalui teknologi dan sektor intensif pengetahuan seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan bioteknologi. Daun-daun yang diolah pula mewakili sektor pertanian yang digiatkan semula dengan tumpuan pada pertanian secara moden dan komersial dalam skala besar, aplikasi teknologi moden yang lebih meluas, produk nilai tambah yang lebih banyak, pemanfaatan potensi bioteknologi, dan pengukuhan rangkaian pemasaran dan global.

Perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN" dan tempoh rancangan "2006-2010" tertera pada bahagian atas duit syiling.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual pada 13 November 2006 di lokasi-lokasi berikut : 

The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(No. Tel.: 03 - 55191611/2/3) 

Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(No. Tel.: 03 - 26988044) 

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia (Coin Card)


SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN POLIS (1807 - 1957)

Sistem kepolisan yang moden dan sistematik di negara ini bermula dengan berkuat kuasanya 'Charter of Justice' di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam yang diperkenalkan oleh King George III itu telah memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa perundangan lalu membawa kepada penubuhan sebuah Pasukan Polis di negeri itu.


Menjelang awal abad keduapuluh kesemua negeri di Tanah Melayu telah mentadbir Pasukan Polis sendiri, masing-masing dengan sejarah, tradisi dan peranan yang berbeza-beza. Hampir kesemua pasukan itu menjalankan fungsi separa tentera.

Perkembangan politik di Tanah Melayu akibat campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah membawa perubahan pada Pasukan Polis. Bermula dengan penubuhan Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat pada tahun 1871 dan kemudiannya penubuhan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896, sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali berubah sehinggalah membawa kepada penyatuan pentadbiran di bawah panji-panji Polis DiRaja Malaysia pada 16 September 1963.

Selepas Tanah Melayu bebas daripada pemerintahan Jepun pada 1 April 1946, Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.

Pada 1 Februari 1948, apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, Polis Malayan Union telah ditukar nama kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pasukan ini telah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Polis.

Perjuangan dan pengorbanan serta khidmat bakti anggota pasukan polis dalam mempertahankan negara dari ancaman pemberontakan bersenjata pengganas Komunis semasa tahun-tahun Darurat 1948 - 1960 telah membawa kepada penganugerahan gelaran 'DiRaja' kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958.

Pada 11 November 1961, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan menganugerahkan Panji-panji DiRaja kepada pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Panji-panji DiRaja yang menjadi kebanggaan dan kemegahan pegawai dan anggota Pasukan Polis ini mengandungi lambang Polis DiRaja Persekutuan Tanah Melayu dan disulam dengan benang perak perkataan 'Darurat 1948 - 1960'.

Apabila negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dalam Malaysia pada 16 September 1963, Pasukan Polis telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara.

Pada 24 Julai 1971, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah mengurniakan panji-panji kepada Batalion Pasukan Polis Hutan, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Polis Marin. Pada 25 Mac 1976, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Putra telah berkenan menganugerahkan Panji-panji kepada Batalion 17, 18, dan 19 PDRM. Seterusnya sekali lagi DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman menganugerahkan Panji-panji kepada PDRM pada 11 November 1997. Pengurniaan Panj-panji ini menggambarkan penghargaan rakyat dan negara kepada PDRM dan khususnya unit-unit tersebut atas sumbangan dan peranan mereka dalam menjaga keamanan, ketenteraman dan ketahanan nasional daripada sebarang ancaman musuh negara.

PASUKAN POLIS HARI INI (1958 - 2007)

Keamanan yang dicapai kini membolehkan PDRM menumpukan perhatian terhadap masalah-masalah lain yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan negara. Lebih perhatian kini dapat ditumpukan pada usaha membanteras jenayah dan dadah. Disamping itu, PDRM juga terlibat dalam usaha mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin, membanteras aktiviti lanun dan melestarikan alam sekitar seperti mencegah pembalakan haram.

Tanggungjawab yang begitu luas digalas oleh PDRM tidak membuatkan ia terlepas pandang daripada menjalankan tugas utamanya, iaitu menjaga ketenteraman negara dan kesejahteraan masyarakat. Suasana harmoni dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dalam menjalankan kehidupan seharian sentiasa menjadi agenda penting dalam perkhidmatan polis. Dalam menjalankan amanah ini, pasukan polis telah memperkukuh hubungan dan kerjasamanya dengan orang ramai di samping menonjolkan imej polis yang mesra dan bertimbang rasa.

Seiring dengan kepesatan pembangunan negara dalam alaf baharu ini, PDRM mempunyai aspirasi dan wawasan bagi menangani pelbagai isu melalui pemodenan jabatan-jabatan dalam PDRM, selain meningkatkan penggunaan teknologi terkini.




Dalam meraikan sambutan 200 tahun perkhidmatan PDRM yang tidak ternilai ini pada 25 Mac 2007, sudah pasti terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh PDRM kepada rakyat dan negara. Justeru, pasukan polis juga mengharapkan agar rakyat turut memberi kerjasama membantu pasukan polis dalam menangani sebarang ancaman, khususnya yang melibatkan jenayah supaya keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini dapat diwarisi generasi yang akan datang.
Syiling Ulang Tahun ke-200 PDRM - Depan

Syiling Ulang Tahun ke-200 PDRM - Belakang

Kod:00.082
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM250 - RM300.


Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Malaysia . Pengeluaran duit syiling ini adalah untuk memperingati sumbangan Polis Diraja Malaysia kepada negara. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Mac 2007. Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,028 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa. .

  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM138 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

  • Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)

    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 20,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf, manakala set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Kedua-dua set tersebut akan dijual masing-masing pada mulanya dengan harga RM1,268 dan RM188. Butir-butir terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia 
 
Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Logam
Nilai Muka
(RM)
Harga Jualan
(RM)
Kuantiti
Tempaan
Garis-pusat
(mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,028
500
22.00
7.96
Bulat dengan
sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
138
500
35.70
21.00
Bulat dengan
sisi bergerigi
Emas Nordic
Cu89
Zn5 Al5
Sn1
1
8
20,000
30.00
8.80
Bulat dengan
sisi bergerigi
Set 2-dalam-1
10+1
188
200



Set 3-dalam-1
100+10+1
1,268
200



Nota:
  • Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf.
  • Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf. 

Reka bentuk Duit Syiling
Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan:
  • Sebelah Hadapan Duit Syiling

    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan simbol jabat tangan untuk menggambarkan hubungan kerjasama yang erat antara pasukan polis dengan orang ramai. Logo rasmi sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia tertera pada bahagian atas simbol jabat tangan tersebut.

  • Sebelah Belakang Duit Syiling

    Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi Polis Diraja Malaysia . Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Gambar sebutir bintang terdapat pada sebelah kiri dan kanan nilai muka duit syiling berkenaan.
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual pada 26 Mac 2007 di lokasi berikut:
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)

Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Tel. No: 03 - 26988044)

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII (Coin Card)


RIWAYAT HIDUP SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
______________________________________

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N, S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (Peranchis)


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 Januari 1962 (15 Syaaban 1381) di bandar Kuala Terengganu. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan putera sulung daripada tujuh bersaudara.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan diikuti Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Seterusnya, baginda melanjutkan pelajaran di Geelong Grammar School di Victoria, Australia dari tahun 1980 hingga 1981. Sebelum menghadiri kursus ketenteraan di luar negeri, baginda telah mengikuti latihan ketenteraan di Kem Sebatang Karah, Port Dickson, Negeri Sembilan selama tiga bulan mulai 18 Mei 1981. Selanjutnya, baginda mengikuti kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages dari 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983 dan kursus ketenteraan SMC 33 di Royal Military Academy, Sandhurst, England dari 3 Mei 1983 hingga 9 Disember 1983. Baginda diberi tauliah pangkat Leftenan Kehormat pada 1 Mac 1984 dan berkhidmat di Kor Kavairi DiRaja.

Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di US International University-Europe di Landon dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berusia 17 tahun semasa dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda bagi negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979. Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu buat kali pertama pada 20 Jun 1986, dan buat kali keduanya dari 21 Oktober 1990 hingga 8 November 1990.

Pada 15 September 1981, baginda memulakan khidmat sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu dan berkhidmat selama kira-kira setahun sebelum berangkat ke luar negeri untuk mengikuti kursus ketenteraan di England.

Baginda berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu dari 11 Julai 1988 hingga 10 Julai 1989. Baginda seterusnya menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah selama dua tahun dari 11 Julai 1989 hingga 10 Julai 1991. Baginda juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dari 1 Jun 1991 hingga 31 Disember 1995.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mendirikan rumah tangga dengan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 28 Mac 1986 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Pasangan diraja ini dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu dua puteri dan dua putera.

Dengan kehendak dan izin Allah SWT, baginda telah menaiki takhta sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan bagi negeri Terengganu serta segala jajahan takluknya pada 15 Mei 1998 (18 Muharam 1419). Baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999.

Atas keprihatinan baginda mengenai kebajikan hidup rakyat jelata, baginda sering mengambil peluang untuk bersama-sama dengan golongan rakyat jelata di masjid-masjid seluruh negeri Terengganu untuk menunaikan solat Jumaat. Baginda juga telah menubuhkan Yayasan Diraja Sultan Mizan yang dilancarkan pada 19 Julai 2005 bersempena hari keputeraan baginda yang ke-43. Yayasan ini menganjurkan dan membiayai pelbagai program di Terengganu.

Baginda juga aktif dalam bidang sukan. Antara sukan kegemaran baginda ialah bola sepak, golf, taekwando, selam skuba dan menunggang kuda. Minat baginda dalam bidang sukan terutamanya sukan menunggang kuda boleh dilihat daripada tertubuhnya "Royal Terengganu Endurance Stable". Hasil daripada usaha baginda juga, Malaysia telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi "World Endurance Championship" yang diadakan pada tahun 2008 di Lembah Bidong, Terengganu.

Baginda telah dianugerahi Darjah-Darjah Kebesaran, iaitu Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.P.M.T.) pada 6 Mac 1982, Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada 8 April 1986, Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.) pada 12 Februari 1989, Darjah Utama Kerabat Terengganu (D.K.T.) pada 15 Mei 1998, Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putera Jamalullail (D.K. Perlis) pada 28 Mei 1998, Darjah Kerabat Mahkota Johor Yang Amat Dihormati (D.K. Johor) pada 1 Oktober 1998, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) pada 27 Februari 1999, Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.R.) pada 6 Julai 2000, Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (S.S.M.Z.) pada 6 Julai 2001, Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (D.K. Negeri Sembilan) pada 19 Julai 2001, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Negeri Kedah Darul Aman (D.K. Kedah) pada 20 Januari 2002, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunus)(D.K. Kelantan) pada 30 Mac 2002, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor (D.K. Selangor) pada 7 Mac 2003, Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (S.U.M.Z) pada 26 Mei 2005 dan Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) pada 5 April 2007.


Syiling Yang di-Pertuan Agong XIII - Depan

Syiling Yang di-Pertuan Agong XIII - Belakang
Kod:00.821
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM100 - RM135.


Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 19 Julai 2007, bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur. Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,028 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM138 sekeping. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa.

  • Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)

    Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,268 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM188 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Butir terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN
SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG XIII 
Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Kuantiti Tempaan
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,028
100
22.00
7.96
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
138
200
35.70
21.00
Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
8
10,000
30.00
8.80
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2-dalam-1
10+1
188
300



Set 3-dalam-1
100+10+1
1,268
300



Nota:
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf.
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Reka bentuk Duit Syiling
Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII:
  • Sebelah Hadapan Duit Syiling

    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong lengkap dengan pakaian kebesaran diraja. Perkataan "SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN" tertera pada bahagian sisi reka bentuk duit syiling, manakala tarikh pertabalan tertera pada bahagian di bawah potret Baginda.

  • Sebelah Belakang Duit Syiling

    Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi Yang di-Pertuan Agong. Perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Nilai muka duit syiling berkenaan tertera pada bahagian atas perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual pada 19 Julai 2007 di lokasi berikut: 

The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)