Rabu, 10 Oktober 2012

SYILING

Syiling biasanya merupakan sekeping bahan keras, biasanya logam dan biasanya dalam bentuk cakera, yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk digunakan sebagai bentuk wang. Bersama wang kertas, siling membentuk bentuk tunai bagi kesemua sistem kewangan moden. Syiling biasanya digunakan sebagai unit nilai rendah, dan wang kertas biasanya digunakan bagi nilai lebih tinggi. Oleh itu, dalam kebanyakan sistem kewangan, nilai syiling tertinggi bernilai kurang berbanding wang kertas paling rendah.


Di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi baru pula, syiling didefinasikan sebagai 'duit/wang atau mata wang yang diperbuat daripada logam'.


Contoh syiling komoditi : Wang syiling emas florida
Syiling boleh diketogerikan kepada dua jenis iaitu syiling sebenar atau syiling wang komoditi dan satu lagi syiling wang fiat. Syiling sebenar atau dikenali juga sebagai syiling wang komoditi ditakrifkan sebagai syiling yang boleh digunakan sebagai medium pertukaran dan sebagai komoditi yang boleh didagangkan pada masa yang sama. Contoh syiling sebenar/komoditi adalah syiling emas, perak dan lain-lain logam yang berharga. Bagi membezakan duit syiling sebenar dari syiling fiat/token yang digunakan sebagai wang, golongan cendikiawan wang telah mentakrifkan tiga kriteria untuk menentukan sebiji objek sebagai "duit syiling yang sebenar" 
       
  • Ia harus diperbuat daripada bahan-bahan yang bernilai dan didagangkan pada harga yang berdekatan nilai pasaran bahan-bahan tersebut. 
  • Ia harus mempunyai berat dan ketulenan yang piawai
  • Ia harus ditandai untuk mengenalpasti pihak yang menjamin kandungannya.

Contoh syiling fiat: Syiling Singapura dan Brunai
Syiling fiat pula atau dikenali juga sebagai token ditakrifkan sebagai syiling yang nilainya ditetapkan oleh undang-undang dan kerajaan yang memerintah dan bukan daripada persetujuan orang ramai bersandarkan nilai intrinsik bahan-bahan logamnya. Syiling fiat hanya boleh digunakan sebagai medium pertukaran dan tidak sebagai komoditi yang boleh didagangkan memandangkan nilai syiling selalunya tidak setara dengan nilai logam yang diwakilinya. Berdasarkan takrifan ini, boleh dikatakan hampir kesemua syiling edaran di seluruh dunia moden pada hari ini adalah syiling fiat kerana nilai syiling ini adalah ditetapkan oleh kerajaan masing-masing melalui bank negara yang tersebut dan diperbuat dari logam asas yang nilainya adalah lebih murah dari nilai yang diwakilinya. 

Dalam kontek Malaysia, pihak yang dipertanggungjawapkan untuk mengeluarkan syiling dan menetapkan jumlah dan nilainya adalah Bank Negara Malaysia. Oleh itu, hanya syiling yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia atau pihak luar yang mendapat kebenaran dari Bank Negara Malaysia dengan spesifikasi yang telah ditetapkan diiktiraf sebagai syiling di Malaysia. Harus diingatkan, beberapa ciri utama yang dapat membezakan antara duit syiling (fiat) dengan medellion atau cenderamata cekera logam yang diterima pakai ramai ialah
  • Ia harus mempunyai nilai yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib dan ditempa dengan jelas dipermukaan syiling.
  • Ia harus dikeluarkan oleh pihak yang berwajib atau mendapat kebenaran pihak yang berwajib dengan logo atau nama pihak yang berwajib ditempa dipermukaan syiling bagi mengenalpasti pihak yang menjamin pengeluaran syiling tersebut.
  • Ia harus mempunyai spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib seperti nilai, jenis logam, saiz, berat, dan rekabentuk.
Oleh itu, mana-mana cekera logam yang menepati ciri-ciri di atas diterima ramai sebagai syiling sementara yang tidak diterima sebagai medellion atau cenderamata. Di Malaysia, duit syilingnya membawa unit matawang Sen dan Ringgit. Duit syiling di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

1. Duit Syiling Edaran

Duit syiling edaran adalah syiling yang ditempa bagi kegunaan harian sebagai medium pertukaran. Di Malaysia, terdapat tiga siri syiling edaran iaitu duit syiling edaran siri pertama (1967 - 1988) yang dikenali juga sebagai duit syiling siri perlimen, siri kedua (1989 - 2011) yang dikenali juga sebagai siri Bunga Raya dan yang terbaru siri ketiga yang baru dilancarkan pada 26 Julai 2011 lalu.

Contoh duit syiling edaran - Syiling edaran siri ketiga dan terbaru
Duit Syiling Peringatan ialah syiling yang ditempa dan dikeluarkan bagi memperingati peristiwa, acara, tokoh atau isu-isu penting. Syiling ini ditempa dengan pelbagai variasi yang menarik menggunakan logam emas, perak atau nordic gold. Ada juga syiling ini ditempa secara pruf. Syiling ini yang ditempa menggunakan emas atau perak selalunya didatangkan dengan kotak dan sijil yang menarik dengan nilai muka dan harga yang tinggi semantara yang ditempa menggunakan nordic gold biasanya didatangkan dalam bentuk coin-card yang berwarna warni dengan nilai muka dan harga yang murah.

Contoh Syiling Peringatan

3. Duit Syiling Pendidikan

Duit Syiling Pendidikan ialah syiling yang ditempa dengan mempunyai tema tertentu dengan tujuan mendidik perihal sesuatu kepada awam disamping menggalak minat mengumpul dan menghargai duit syiling. Di Malaysia, hanya terdapat syiling pendidikan haiwan terancam yang didatangkan dalam tiga siri iaitu Siri Haiwan Darat (2003), Siri Burang (2005) dan Siri Haiwan Laut dan Reptilia (2006)

Contoh duit syiling pendidikan - Siri Haiwan Laut dan Reptilia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan