Jumaat, 5 Oktober 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Ketiga Haiwan Laut dan Reptilia Keluaran Ketujuh

DUYUNG, DUGONG/DUGONG


Keluarga : Dugongidae
Nama Biasa : Dugong
Nama Melayu : Duyung/Dogong
Nama Saintifik : Dugong Dugon

Dugong yang juga dikenali sebagai duyung ialah mamalia berbulu yang memelihara dan membimbing anak-anaknya. Ia bernafas melalui hidungnya yang muncung dan berbulu pendek yang sedikit. Dugong dewasa boleh membesar sehingga 5 meter panjang dan mencapai berat sehingga 400 kilogram. Ia mempunyai bentuk yang menyerupai torpedo dengan bentuk badannya sama rata dan bersirip di samping ekornya berbentuk kuku sauh seperti anak bulan, sama seperti paus. Dugong berwarna coklat kekelabu-kelabuan.


Dugong boleh mencapai umur sehingga 70 tahun dan tempoh bunting bagi Dugong adalah diantara 12 hingga 13 bulan. Makanan utama Dugong ialah rumpai dan rumput laut. Di Malaysia, Dugong kebiasaannya dapat ditemui di sebelah pantai barat negeri Johor dan Sabah.

Di Malaysia, spesies Dugong dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam) 1999 dan Akta Perikanan 1985.

Syiling Dugong/Duyung - Depan

Syiling Dugong/Duyung -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM35.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan