Khamis, 11 Oktober 2012

PANDUAN MUDAH MENGGRED WANG KERTAS

Untuk tujuan ini, adalah penting diingatkan supaya pemeriksaan wang kertas harus dilakukan tanpa apa-apa 'banknote holder' dan di bawah pencahayaan yang baik. Penggunaan sarung tangan adalah penting supaya tidak meninggalkan kesan jari dan kelembapan pada permukaan wang kertas yang diperiksa. Gerakkan wang kertas sedikit-sedikit di sekitar lampu supaya cahaya melantun pada sudut yang berbeza-beza. Pegang wang kertas supaya wang kertas adalah setentang dengan mata anda dan kelihatan menentang cahaya. Lipatan kabur atau ringan akan muncul di bawah pemeriksaan sebegini. Kerenyukkan juga boleh dikesan oleh sentuhan ringan jari, sepanjang permukaan wang kertas.

TAHAP GRED WANG KERTAS 

Uncirculated (UNC)
Wang kertas yang dipelihara dengan sempurna. Tidak pernah disalah uruskan oleh pihak pengeluar wang, bank, pengguna ataupun peminat/pengumpul wang kertas. Mempunyai penjuru yang tajam dan tiada kesan lipat. Tiada kepudaran warna. Kertas kukuh dan bersih. Walau bagaimanapun, sesetengah wang kertas dalam jenis ini mempunyai lipatan kiraan (counting fold) yang sangat tidak ketara yang mana tidak menjejaskan penampilan wang kertas tersebut. 

About Uncirculated (AU)
Kelihatan sempurna dengan kesan urus yang amat sedikit. Mungkin kelihatan kesan lipatan kiraan(counting fold) yang tidak ketara dibahagian tengah atau penjurunya tetapi tidak dikedua-duanya. Wang kertas ini tiada kesan calar yang selalunya menjejaskan penampilan wang kertas tersebut. Mempunyai penjuru yang tajam dan tiada kepudaran warna disamping permukaan wang yang bersih.

Extremely Fine (EF)
Wang kertas kelihatan sangat menarik dengan kesan pengurusan yang tidak ketara. Ia memiliki maksimum tiga kesan lipatan yang minor atau satu kesan calar. Mempunyai penjuru yang tajam dan tiada kepudaran warna disamping permukaan wang yang bersih.

Very Fine (VF)
Wang kertas kelihatan menarik. Ia mungkin mempunyai beberapa kesan lipatan samaada secara menegak ataupun mendatar dengan kesan pengurusan dan penggunaan. Permukaan sedikit kotor dan warnanya sedikit pudar. Kertas masih keras dan tidak lunyai. Penjuru mungkin terkoyak tapi tiada dibahagian sisi. Masih mempunyai penjuru yang tajam.

Fine (F)
Wang kertas ini menunjukkan kesan edaran yang munasabah dangan mengandungi banyak kesan lipat, calar dan kedutan. Kertas mungkin lembut sedikit dengan sedikit kotoran. Sisinya mungkin terkoyak sikit tetapi tidak terkena pada rekaannya. Tiada lubang dibahagian tengah. Mungkin terdapat lubang staple atau lubang pin di bahagian sisi wang. Warnanya masih kelihatan tapi tidak terang. Masih dikira wang kertas yang dikehendaki (desirable banknote)

Very Good (VG)
Wang kertas ini menunjukkan kesan penggunaan sepenuhnya tetapi kertas masih utuh. Penjuru koyak dan tidak tajam. Rekaannya mungkin mempunyai lubang-lubang kecil, kotoran dan kepudaran warna serta lubang kecil dibahagian tengah wang kertas. Kertas mungkin tidak keras tetapi tiada cebisan kertas hilang yang menjejeskan penampilan wang kertas tersebut.

Good (G)
Wang kertas ini menunjukkan kesan penggunaan yang tinggi. Secara keseluruhan ia tidak menarik dengan beberapa kesan lipatan dan calar yang jelas, lubang-lubang kecil, kotoran, debu, warna yang pudar, koyakan disisi, bucu yang tidak tajam dan lubang dibahagian tengah kertas. Walau bagaimanapun, tiada cebisan besar yang hilang dari wang kertas tersebut. Biasanya terdapat kesan contengan tulisan.

Fair (FA)
Wang kertas ini secara keseluruhan lunyai, koyak, kotor, kepudaran warna dan kesan penggunaan yang sangat tinggi. Banyak cebisan yang koyak atau hilang. Lubangnya lebih besar dan sebahagian daripada permukaan hilang. Terdapat contengan tulisan.

Poor (P)
Wang kertas ini sangat buruk dengan kerosakan disebabkan penggunaan dan lunyai, kotoran, kepudaran warna, permukaan yang hilang, contengan tulisan dan lubang yang besar. Wang kertas ini mungkin mempunyai bahagian-bahagian yang disambung dengan selofan tape. Malahan ada yang digunting di bahagian sisi untuk membuang sisi kertas yang buruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan