Isnin, 1 Oktober 2012

PENGELUARAN SIRI DUIT SYILING 'SPESIES TERANCAM' KETIGA: 'HAIWAN LAUT DAN REPTILIA TERANCAM'

Pada bulan 8 Mei 2006, Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan siri duit syiling 'Spesies Terancam' yang ketiga yang bertemakan 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam'. Siri duit syiling ini ialah sebahagian daripada Program Pendidikan Melalui Duit Syiling, satu usaha Bank Negara Malaysia untuk mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap spesies haiwan dan burung terancam di Malaysia. Siri ini dikeluarkan berikutan kejayaan dua siri 'Spesies Terancam' sebelumnya yang bertemakan 'Haiwan Darat' dan 'Burung'.

Sama seperti siri duit syiling 'Haiwan Darat' dan 'Burung', siri duit syiling "Haiwan Laut dan Reptilia Terancam" ini dikeluarkan kepada orang ramai dalam dua belas keluaran, yang menampilkan dua belas haiwan laut dan reptilia terancam yang terpilih. Sebagai permulaan dua siri duit syiling keluaran pertama  dan kedua, yang memaparkan Penyu Agar dan Penyu Karah mula dijual pada 8 Mei 2006 dan diikuti dengan sepuluh keluaran yang lain secara bulanan. Senarai dua belas spesies dalam siri duit syiling ini dan jadual keluarannya adalah seperti berikut;

Senarai Siri 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam' 2006
  Nama Biasa
No.
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
  Bulan Keluaran
1.
8 Mei 2006
2.
8 Mei 2006
3.
Akhir Mei
4.
Akhir Mei
5.
Jun
6.
Jun
7.
Julai
8.
Ogos
9.
September
10.
Oktober
11.
November
12.
Disember

Spesifikasi Duit Syiling

Setiap duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas Nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5.50 setiap satu iaitu 50sen lebih mahal berbanding keluaran sebelum ini. Duit syiling ini disediakan dalam kad duit syiling yang menarik dan berwarna-warni, lengkap dengan maklumat berkenaan setiap spesies. Spesifikasi teknikal duit syiling ini adalah seperti yang berikut :

 Jenis
 Aloi
Nilai Muka
Kuantiti Tempaan Dibenar
Harga Jualan (RM)
Garis Pusat
(mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Nordic (Kilatan Istimewa) Cu89 Zn5
AL5
Sn 1
25 sen 40,000
keping
5.50 34.00 15.5 Bulat dengan sisi bergerigi
Nota: Emas Nordic ialah aloi yang berwarna keemasan, yang terdiri daripada 89% Tembaga, 5% Zink, 5% Aluminium dan 1% Timah 


Reka Bentuk Duit Syiling

Reka bentuk pada sebelah hadapan duit syiling memaparkan salah satu daripada dua belas haiwan laut dan reptilia itu. Ciri lain termasuk mengekalkan perkataan "ENDANGERED SPECIES SERIES" pada bahagian atas duit syiling. Manakala pada bahagian bawah tertera nama haiwan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta nama saintifiknya sama seperti keluaran sebelumnya.

Muka depan syiling

Pada sebelah belakang duit syiling tertera nilai muka duit syiling dan logo bagi siri duit syiling 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam', yang memaparkan Penyu Belimbing.

 Muka belakang syiling

Pusat-pusat Jualan

Siri duit syiling 'Haiwan Laut dan Reptilia' ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit-duit syiling ini pada awalnya dijual di lokasi berikut :
  • Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia , Kuala Lumpur
  • The Royal Mint of Malaysia , Shah Alam, Selangor
  • Taman Burung Kuala Lumpur, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
  • Royal Mint Exchange Alam Sentral, Shah Alam, Selangor
  • Aquaria, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kuala Lumpur
  • Zoo Taiping, Perak
  • Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur
  • Zoo Melaka, Melaka  

Kod 00.005
Pada masa ini (2012), harga syiling siri kedua program PMDS ini adalah antara RM500 - RM750 dan termahal antara ketiga-tiga keluaran. Ini mungkin disebabkan beberapa keluaran iaitu keluaran 3 (Lumba-lumba), 6 (Penyu Belimbing) dan 12 (Lumba-lumba Empesut) amat sukar diperolehi dan dijual dengan harga yang tinggi. Selain itu ia juga mungkin disebabkan harga jualan keluaran ini berbeza dari sebelumnya dan kuantiti tempaan yang dibenarkan untuk setiap jenis untuk siri ke ketiga adalah lebih rendah iaitu sebanyak 40,000 berbanding siri pertama haiwan darat iaitu sebanyak 100,000 untuk setiap jenis. Ia menyebabkan penjual mengambil kira faktor ini untuk menaikkan harga keluaran ini. Saya juga percaya harga koleksi ini tinggi kerana mereka yang telah ada keluaran pertama dan kedua tentu sahaja mahu melengkapkan koleksi mereka dengan memiliki koleksi ini walaupun terpaksa berbelanja tinggi sedikit dari sebelumnya. Kerana itu, ramai percaya harga koleksi ini akan turun kembali setelah pemintaan terhadap koleksi menurun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan