Rabu, 5 September 2012

PENDIDIKAN MELALUI DUIT SYILING (PMDS)

Pada tahun 2003 Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri duit syiling bertema (Thematic Coin Series) di bawah program Pendidikan Melalui Duit Syiling (PMDS). Program PMDS ini adalah bertujuan untuk menggalak minat mengumpul dan menghargai duit syiling di kalangan pelajar sekolah.

Siri pertama program PMDS membawa tema Spesis Haiwan Terancam - Haiwan Darat (Animal Living on Land) tahun 2003 yang mengandungi 12 jenis spesis haiwan. Harimau Sumatera dipilih untuk rekabentuk keluaran pertama diikuti dengan 11 spesis haiwan lain. Senarai 12 spesis haiwan dalam siri ini adalah seperti berikut:


Pendidikan Melalui Duit Syiling
Siri Haiwan Terancam

Senarai Siri Haiwan Terancam dan Jadual Keluaran

Haiwan Terancam
Jadual Keluaran
1.
Harimau Sumatera
April 2003
2.
Orang Utan
April 2003
3.
Gajah
Mei 2003
4.
Badak Sumatera
Mei 2003
5.
Kongkang
Jun 2003
6.
Kijang
Jun 2003
7.
Tapir Malaya/Tenuk
Julai 2003
8.
Kambing Gurun
Ogos 2003
9.
Seladang
September 2003
10.
Rusa Sambar
September 2003
11.
Harimau Dahan
November 2003
12.
Monyet Bangkatan
Disember 2003

Duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5 setiap satu. Ini merupakan kali pertama Bank mengeluarkan duit syiling dengan nilai muka 25 sen. Spesifikasi teknikal duit syiling ini adalah seperti berikut:

Jenis
Aloi
Nilai Muka
Kuantiti Tempaan Dibenar Setiap Keluaran
Harga Jualan (RM)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Nordic (Kilatan Istimewa)
Cu89 Zn5Al5 Sn1
25 sen
100,000
5.00
30.0
9.16
Bulat dengan sisi bergerigi


Rekabentuk Duit Syiling 
 
Rekabentuk di sebelah hadapan duit syiling memaparkan satu daripada 12 haiwan terancam tersebut mengikut keluaran Siri Spesis Haiwan Terancam tersebut. Ciri-ciri lain termasuk perkataan 'ENDANGERED SPECIES SERIES' di bahagian atas duit syiling. Manakala di bahagian bawah tertera nama haiwan dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan nama saintifik bagi haiwan berkenaan. Di sebelah belakang duit syiling pula tertera nilai muka duit syiling dan gambar hutan sebagai habitat semula jadi haiwan.


Kod 08.881
Pada masa ini, harga syiling siri pertama program PMDS ini iaitu haiwan darat adalah yang piling murah jika dibandingkan antara ketiga-tiga sini. Ini mungkin disebabkan jumlah pengeluaran yang banyak iaitu sebanyak 100 000 sedangkan siri lain hanya sebanyak 40 000 unit sahaja. Dari pemerhatian, didapati harga jualan semasa (2012) bagi set lengkap (12 keping) siri ini adalah antara RM170 - RM250.

Siri ini juga didatangkan dalam set lengkap 12 keping didalam kotak



Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk set 12 keping dalam kotak ini juga tidak jauh beza dengan 12 keping lengkap tanpa kotak iaitu dijual pada harga antara RM170 - RM300.

5 ulasan:

  1. tolong cari kan saya penjual syiling peringatan siri haiwan terancam

    BalasPadam
  2. saya ada sebiji. harimau sumatera. tapi 2017 tetap sama eh rm5??? ada jawapan tlg roger ye. 01140154449-whatsapp

    BalasPadam
  3. Call 0146231983 Sy ade Siri gmbr haiwan lengkap 12set

    BalasPadam
  4. Sy ad duit syiling rusa Sumatra seri haiwan terancam ad satu saja 01111242499

    BalasPadam