Selasa, 30 Oktober 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Malaysia . Pengeluaran duit syiling ini adalah untuk memperingati sumbangan Polis Diraja Malaysia kepada negara. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Mac 2007. Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan pada mulanya ialah RM1,028 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa. .

  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualan pada mulanya ialah RM138 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

  • Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (Coin Card)

    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan pada mulanya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 20,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf, manakala set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Kedua-dua set tersebut akan dijual masing-masing pada mulanya dengan harga RM1,268 dan RM188. Butir-butir terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia 
 
Spesifikasi Teknikal 

Jenis
Logam
Nilai Muka
(RM)
Harga Jualan
(RM)
Kuantiti
Tempaan
Garis-pusat
(mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
100
1,028
500
22.00
7.96
Bulat dengan
sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag92.5)
10
138
500
35.70
21.00
Bulat dengan
sisi bergerigi
Emas Nordic
Cu89
Zn5 Al5
Sn1
1
8
20,000
30.00
8.80
Bulat dengan
sisi bergerigi
Set 2-dalam-1
10+1
188
200



Set 3-dalam-1
100+10+1
1,268
200



Nota:
  • Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf.
  • Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf. 

Reka bentuk Duit Syiling
Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan:
  • Sebelah Hadapan Duit Syiling

    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan simbol jabat tangan untuk menggambarkan hubungan kerjasama yang erat antara pasukan polis dengan orang ramai. Logo rasmi sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia tertera pada bahagian atas simbol jabat tangan tersebut.

  • Sebelah Belakang Duit Syiling

    Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi Polis Diraja Malaysia . Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Gambar sebutir bintang terdapat pada sebelah kiri dan kanan nilai muka duit syiling berkenaan.
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual pada 26 Mac 2007 di lokasi berikut:
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)

Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Tel. No: 03 - 26988044)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan