Selasa, 11 Februari 2014

Duit Syiling Peringatan Perak Peruf Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV (Silver Proof Coin)


Duit syiling peringatan perak peruf ini telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2012. Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan perak ini bersempena dengan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. 


Bentuk syiling ini adalah bulat dengan sisi bergerigi. Bahagian hadapan syiling ini dihiasi dengan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV, dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Nama penuh Seri Paduka Baginda tertera pada bahagian lilitan duit syiling. Sementara pada bahagian belakang, reka bentuk pada bahagian tengah duit syiling memaparkan imej Istana Negara yang baharu dan lambang kebesaran diraja. Perkataan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nama Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini. Nilai muka duit syiling ini dipaparkan pada bahagian atas nama Bank Negara Malaysia. 

Syiling Perak Agong XIV - Depan
Syiling Perak Agong XIV - Belakang
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada asalnya dengan harga RM150 sekeping. Sebanyak 600 keping sahaja ditempa.

Butiran terperinci mengenai duit syiling ini adalah seperti berikut:


Kod:00.004
Harga semasa (2014) untuk syiling peringatan perak peruf ini adalah diantara RM400 - RM550. Harga syiling ini agak tinggi memandangkan permintaan terhadap syiling perak ini agak tinggi dikalangan peminat syiling perak peruf. Ini mungkin disebabkan harga syiling perak peruf agong sebelum ini naik mendadak dan ada yang telah mencapai harga ribuan ringgit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan