Khamis, 6 September 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Pertama Haiwan Darat Keluaran Pertama

HARIMAU SUMATERA/SUMATRAN TIGER


Keluarga : Felidea
Nama Biasa : Harimau
Nama Melayu : Harimau Belang
Nama Saintifik : Panthera Tigris

Harimau Sumatera terancam akibat dari kemusnahan habitat, pemburuan haram, konflik dengan manusia, serta penggunaannya di dalam perubatan tradisional di rantau ini.

Harimau Sumatera boleh dibezakan daripada spesies kucing yang lain berdasarkan kepada corak belang yang gelap yang menegak bermula daripada bahagian belakang badan dan menurun ke bahagian perut. Belang-belang ini kelihatan amat ketara di atas kulit yang berwarna kemerahan atau kekuningan dan bahagian perut yang berwarna putih.

Secara am, Harimau Sumatera memerlukan tiga perkara utama untuk hidup iaitu bilangan haiwan mangsa yang mencukupi, tempat perlindungan dan air. Harimau Sumatera juga merupakan haiwan yang cerdik dan menyesuaikan cara ia menangkap mangsanya berdasarkan kepada keadaan dan jenis mangsa. Haiwan mangsanya yang utama terdiri daripada babi hutan, rusa, kijang serta haiwan lain termasuklah kerbau dan binatang ternakan yang lain. Haiwan ini juga boleh berenang dengan baik dan pernah dilaporkan berenang menyeberangi sungai dan anak sungai. Pada kebiasaannya, Harimau Sumatera betina akan melahirkan antara satu hingga empat ekor anak setelah bunting selama 15 minggu. Anak-anak ini akan tinggal bersama ibunya sehingga berumur dua tahun.


Taburan harimau amat luas dan merangkumi India, Selatan China, Siberia, Indochina, Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia dan Indonesia (Sumatera, Jawa dan Bali). Di semenanjung Malaysia, taburannya tertumpu di negeri-negeri Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu. Populasinya di semenanjung Malaysia adalah dianggarkan antara 600-650 sahaja pada tahun 1992.

Harimau dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76/1972.

Syiling Harimau Sumatera - Depan

Syiling Harimau Sumatera -Belakang
Kod: Null
Harga semasa untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM40.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan