Keluarga : Cervidae
Nama Biasa : Kijang
Nama Melayu : Kijang
Nama Saintifik : Muntiacus Muntjak
Kijang boleh dikenal pasti melalui warna pada bahagian atas badannya yang berwarna merah perang dan bahagian bawahnya yang berwarna putih. Ekornya berwarna coklat gelap di bahagian atas dan putih di bahagian bawah. Hanya kijang jantan mempunyai tanduk yang pendek di atas kepala.
Kijang mempunyai lidah yang panjang yang membolehkan ia menjilat hampir keseluruhan mukanya. Makanan utamanya terdiri dari daun serta buah-buahan. Kijang pada kebiasaannya suka bersendirian walaupun kadang kala ianya ditemui berpasangan di dalam hutan tebal.
Sewaktu kecemasan, kijang akan mengeluarkan bunyi seperti salakan anjing semasa melarikan diri dari pemangsa. Kijang melahirkan anak antara satu hingga dua ekor selepas bunting selama enam bulan. Anak yang baru lahir ini mempunyai tompok-tompok putih yang beransur hilang apabila ia mencapai usia enam bulan.
Taburan kijang merangkumi Semenanjung Malaysia, Sri Langka, Selatan India hingga Nepal di bahagian utara, Selatan China di sebelah timur, Indochina, Indonesia dan Borneo.
Kijang merupakan salah satu daripada haiwan buruan yang paling popular di negara ini. Walaupun haiwan ini masih belum menghadapi ancaman yang serius, pemburuan yang tidak terkawal akan menyebabkan kepupusan terhadap populasinya.
Kijang yang merupakan binatang buruan adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76/1972.
Syiling Kijang - Depan
Syiling Kijang - Belakang
Kod: Null
Saya ada duit siling jenis ni berminat 01136916500
BalasPadam