Keluarga : Lorisidae
Nama Biasa : Kongkang
Nama Melayu : Kongkang
Nama Saintifik : Nycticebus Coucang
Kongkang boleh dikenal pasti melalui kepalanya yang bulat dan matanya yang besar. Jari keduanya mempunyai kuku yang panjang dan melengkung sementara jari yang lain mempunyai kuku yang leper. Bentuk badannya adalah tegap serta mempunyai bulu yang lebat.
Bahagian kepala dan bahu berwarna keputihan, kekuningan atau kelabu. Terdapat belang berwarna coklat di bahagian tengah belakangnya yang berakhir di atas kepala. Bulatan berwarna coklat di sekeliling matanya juga merupakan satu lagi ciri fizikal kongkang yang amat ketara. Kongkang selalunya melahirkan seekor anak pada sesuatu masa. Sebagai haiwan yang aktif pada waktu malam, masa siangnya banyak dihabiskan dengan tidur, selalunya dengan merengkokkan badannya di dalam tempat-tempat yang gelap.
Kongkang mencari makan pada waktu senja dengan bergerak perlahan-lahan menggunakan kaki dan tangan yang kuat mencengkam. Makanannya terdiri daripada buah-buahan, daun dan serangga. Berdasarkan kepada saiz badannya yang kecil berbanding dengan primat yang lain, cengkaman kongkang boleh dianggap sebagai tiada tandingannya. Kongkang merupakan haiwan yang suka bersendirian dan selalunya ditemui di atas dahan pokok bersaiz kecil hingga sederhana di dalam hutan sekunder, ladang pertanian dan kadangkala di taman-taman.
Taburan kongkang merangkumi Timur Laut India, Sumatera, Jawa dan Selatan Filipina di Asia Tenggara. Ancaman utama kepada kongkang adalah kemusnahan habitat akibat dari penerokaan hutan serta perdagangannya sebagai haiwan peliharaan.
Kongkang merupakan haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76/1972.
Syiling Kongkang - Depan
Syiling Kongkang - Belakang
Kod: Null
Tiada ulasan:
Catat Ulasan