Keluarga : Elephantidae
Nama Biasa : Gajah Asia
Nama Melayu :Gajah
Nama Saintifik : Elephas Maximus
Gajah merupakan mamalia darat yang terbesar yang kini terancam akibat daripada kemusnahan habitat. Gajah boleh dikenali daripada belalainya yang panjang dan mempunyai lubang di hujungnya. Gajah betina tidak mempunyai gading berbanding gajah jantan yang biasanya mempunyai gading.
Haiwan ini mempunyai deria bau yang kuat dan belalai merupakan deria yang sensitif kepada sentuhan. Kakinya tegap dan sama panjang. Kaki hadapan mempunyai lima kuku dan kaki belakang mempunyai empat kuku. Warna badan gajah secara amnya adalah kelabu keperangan dan tidak berbulu. Terdapat tompok-tompok cerah dan hitam di beberapa bahagian kepala dan telinga.
Makanan gajah terdiri daripada rumput, daun, pucuk kayu, kulit pokok dan buah-buahan. Ia mencari makanan pada waktu awal pagi, petang dan malam. Masa tengahari banyak dihabiskan dengan berehat. Gajah memerlukan lebih kurang 600 - 700 paun makanan sehari dan akan minum dua kali sehari. Gajah betina dan anak selalunya akan bergarak di dalam kumpulan sementara gajah jantan pada kebiasaannya suka bersendirian. Gajah gemar berendam di dalam air terutamanya pada waktu cuaca panas.
Gajah selalu dijumpai di hutan tanah pamah sekunder dan dara. Taburan gajah yang dahulunya tersebar luas, kini hanya ditemui di beberapa bahagian di India, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Indochina, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Haiwan ini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Luar no. 76/1972.
Syiling Gajah - Depan
Syiling Gajah -Belakang
Kod: Null
Harga syiling gajah juga agak tinggi berbanding syiling-syiling lain dalam siri ini kerana ia menjadi buruan para pengumpul dan sukar diperolehi. Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM15 - RM70.
Berapakah harga pada tahun 2021 kalau dijual
BalasPadam