Rabu, 19 September 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Pertama Haiwan Darat Keluaran Kesebelas

HARIMAU DAHAN/CLOUDED LEOPARD


Keluarga : Felidae
Nama Biasa : Harimau Dahan
Nama Melayu : Harimau Dahan
Nama Saintifik : Neofelis Nebulosa

Harimau dahan merupakan spesies yang paling besar di dalam keluarga kucing bersaiz sederhana. Walau bagaimanapun, haiwan yang tercantik ini diburu untuk mendapatkan kulit dan tulangnya yang digunakan bagi perubatan tradisional. Ini telah menyebabkan haiwan ini tergolong di dalam spesies yang terancam. Tabiatnya yang suka menyendiri turut menyebabkan kajian sukar dilakukan terhadap haiwan ini.


Harimau dahan dewasa mempunyai badan dan ekor yang panjang dengan kaki yang pendek. Panjang badannya secara purata berukuran antara 2 hingga 3 kaki. Secara amnya, bulu harimau ini berwarna coklat atau kuning pucat dengan tompok-tompok bulat berwarna coklat gelap atau hitam dan berlorek. Corak bulu yang jelas ini merupakan ciri fizikal harimau dahan yang paling ketara berbanding dengan keluarga kucing lain, yang mana telah menjadikannya antara spesies tercantik di dalam keluarga kucing. 

Ekornya berukuran antara 2 1/2 hingga 3 kaki panjang. Bahagian tengkok dan belakang berwarna lebih gelap daripada bahagian bawah badan dan bahunya. Ia mempunyai gigi taring yang agak panjang jika dibandingkan dengan saiz badannya.


Harimau dahan merupakan haiwan yang pemalu dan jarang dilihat atau ditemui dan gemar pada kawasan yang tidak didatangi oleh manusia. Hidup di atas pokok, harimau dahan mahir memanjat dan menggunakan ekornya yang panjang untuk membantunya mengimbangi badan. Harimau dahan gemar memakan babi hutan, rusa, burung, kera dan kadang kala haiwan ternakan. Ia menangkap mangsanya dengan menghendap atau menerkam mereka dari atas pokok.

Harimau dahan melahirkan anaknya di dalam lubang pokok. Pada kebiasaannya antara 2 hingga 5 ekor anak. Anak akan dilahirkan setelah bunting selama 90 hingga 95 hari. Anak-anak yang baru lahir berwarna kelabu kekuningan dan akan mula memiliki corak dewasa selepas 6 bulan.


Haiwan dahan boleh didapati di Nepal, Sikkim, Selatan China, Taiwan, Indochina, Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Borneo. Pembukaan hutan telah menyebabkan haiwan ini kehilangan habitat dan menjadikannya spesies yang perlu dilindungi.

Haiwan ini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76/1972.

Syiling Harimau Dahan - Depan

Syiling Harimau Dahan - Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM30.

2 ulasan:

  1. hebatnye!!! tpi kesian sebab harimau dahan taiwan nie dh pupus~~~~~

    BalasPadam
  2. hai!!!! sya hrp awk semua pndai belajar sains mcm sya juga.... kerana sya dpt 100% dlm matapelajaran sains dan matematik dan english dan juga tidak ketinngalan matapelajaran bahasa Melayu... ok lh semua goodbye... bye...bye...bye... jumpa nanti siape nk tau nombor telefon sya - 0172295606
    b

    BalasPadam