Selasa, 11 September 2012

Syiling Spesis Haiwan Terancam - Siri Pertama Haiwan Darat Keluaran Keempat

BADAK SUMATERA/SUMATRAN RHINOCEROS


Keluarga : Rhinocerotidae
Nama Biasa : Badak Sumatera
Nama Melayu : Badak Kerbau
Nama Saintifik : Dicerorhinus Sumatrensis

Permintaan ke atas sumbu badak serta kemusnahan habitat telah menyebabkan Badak Sumatera terancam.

Badak Sumatera yang juga dikenali dengan nama Badak Kerbau merupakan haiwan yang terkecil di antara keluarga Rhinocerotidae. Ia mempunyai kulit yang kasar dan berambut. Selain daripada dua sumbu, Badak Sumatera juga boleh dikenal pasti berdasarkan kepada dua lipatan di badannya.


Haiwan ini mempunyai deria bau dan pendengaran yang baik bagi mengatasi penglihatannya yang kurang baik. Makanan utama Badak Sumatera terdiri daripada daun, pucuk dan kadang kala buah-buahan. Badak ini juga gemar berkubang di dalam lumpur terutama semasa hari panas.


Secara amnya, haiwan ini gemar bersendirian tetapi kadang kala ia berpasangan di dalam hutan tebal di kawasan pergunungan di Semenanjung Malaysia dan Sabah.


Badak Sumatera terdapat di Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo. Masa buntingnya ialah selama 16 ke 17 bulan dan seekor anak akan dilahirkan pada sesuatu masa. Adalah dianggarkan sebanyak 300 ekor badak jenis ini masih tinggal di kawasan taburannya di rantau ini. Kemusnahan habitat dan pemburuan haram untuk mendapatkan sumbunya merupakan ancaman utama kepada populasi badak ini.

Badak Sumatera dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76/1972.

Syiling Badak Sumatera - Depan

Syiling Badak Sumatera -Belakang
Kod: Null
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM10 - RM40.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan