Keluarga : Bovidae
Nama Biasa : Seladang
Nama Melayu : Seladang
Nama Saintifik : Bos Gaurus
Seladang merupakan spesies lembu liar yang paling penyerlah berbanding dengan spesies lembu liar yang lain. Badannya yang tegap dan besar membuatkan ia ditakuti oleh haiwan pemangsa. Namun, kemusnahan habitat yang berleluasa telah mengancam populasi haiwan ini.
Seladang boleh dikenal pasti berdasarkan kepada bentuk badannya yang menyerupai lembu dan kerbau ternakan. Seladang dewasa mempunyai badan yang berwarna hitam dan dahi yang berwarna kekelabuan. Keempat-empat kakinya dari lutut ke bawah berwarna putih. Anaknya yang baru lahir pula akan berwarna kuning muda keemasan atau coklat. Seladang mempunyai kepala yang besar sementara ketinggiannya boleh mencecah 2 meter. Tanduknya tidak berapa panjang tetapi tebal dan besar. Terdapat warna hitam pada hujung tanduknya.
Seladang selalunya akan keluar mencari makanan pada sebelah pagi dan petang. Ia akan berehat di dalam hutan yang redup pada waktu tengahari dan akan keluar semula mencari makanan pada waktu petang dan senja. Seladang merupakan haiwan yang pemalu dan akan menjauhkan diri daripada manusia. Makanan utamanya terdiri daripada pelbagai jenis rumput, daun-daun dan kulit pokok. Seladang mempunyai deria bau yang amat tajam dan ini banyak membantunya menyelamatkan diri daripada musuh. Seladang selalunya bergerak di dalam kumpulan yang besar, antara 12 hingga 30 ekor yang terdiri dari haiwan dewasa dan anak-anak. Seekor seladang jantan dewasa akan mengetuai kumpulan ini. Seladang betina pada lazimnya akan melahirkan seekor anak setelah bunting selama 10 bulan.
Pembukaan hutan tanah pamah telah menyebabkan habitat seladang semakin mengecil. Ini membuatkan ia terdedah kepada pemburuan haram dan menyebabkan ia terancam.
Seladang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76/1972.
Syiling Seladang - Depan
Syiling Seladang - Belakang
Kod: Null
Tiada ulasan:
Catat Ulasan