Khamis, 1 November 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan "Songket - Seni Warisan Agung"

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan "Songket - Seni Warisan Agung", inspirasi daripada usaha promosi yang dimulakan oleh Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood. Duit syiling peringatan ini akan dilancarkan pada 14 Februari 2006 oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Sri Pentas Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Ketiga-tiga duit syiling ini sah diperlakukan (legal tender) dan mempunyai spesifikasi berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat bagi setiap keping ialah 8.6 gram. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan akan dijual pada mulanya dengan harga RM1,028 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad sebanyak 150 keping sahaja.


  2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Duit syiling peruf yang mempunyai nilai muka RM10 ini, diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 925 dan beratnya ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada mulanya dengan harga RM138 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad sebanyak 200 keping sahaja.


  3. Duit Syiling Peringatan Dwilogam (kilat istimewa)(Coin Card)
    Duit syiling dwilogam ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada mulanya dengan harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 20,000 keping sahaja.

Kesemua duit syiling ini juga terdapat dalam set 3 dalam 1 dan 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling peruf emas, perak dan dwilogam. Manakala set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling peruf perak dan dwilogam. Kedua-dua set tersebut akan dijual masing-masing pada mulanya dengan harga RM1,268 dan RM188. Butiran mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini adalah seperti berikut:

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN "SONGKET - SENI WARISAN AGUNG" 
 
Spesifikasi Teknikal

Jenis Logam Nilai Muka (RM) Harga Jualan (RM) Kuantiti Tempaan (keping/set) Garis-pusat (mm) Berat (gram) Bentuk
Emas Peruf Emas (Au999.9) 100 1,028 150 22.0 8.6 Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Peruf Perak Sterling (Ag925) 10 138 200 35.7 21.7 Bulat dengan sisi bergerigi
Dwilogam Cu75 Ni25 1 8 20,000 26.50 8.15 Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam1
11 188 150
Set 3 dalam1
111 1,268 150
Nota:
(i) Set 2 dalam1 mengandungi duit syiling peruf perak dan dwilogam.
(ii) Set 3 dalam1 mengandungi duit syiling peruf emas, perak dan dwilogam.

Reka Bentuk Duit Syiling

Kesemua jenis duit syiling peringatan ini mempunyai reka bentuk yang sama. Duit syiling Songket ini mempunyai reka bentuk hadapan yang sama dengan menggambarkan corak Songket dengan perkataan "Songket Seni Warisan Agung" dan "Songket The Regal Heritage". Bahagian belakang duit syiling ini pula memaparkan nilai muka dan satu daripada tiga motif popular yang biasa digunakan pada Songket. Duit syiling emas menggambarkan motif Tampuk Kesemak, manakala duit syiling perak pula menggambarkan motif Bunga Bintang dan duit syiling dwilogam menggambarkan motif Bunga Ketola.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan mula dijual mulai 8 Mac 2006 di lokasi-lokasi berikut:
  • The Royal Mint of Malaysia
    Kompleks Kilang Wang
    Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
    40000 Shah Alam
    (Tel. No: 03 - 55191611/2/3)


  • Sistem Televisyen Malaysia Berhad
    Sri Pentas
    No. 3, Persiaran Bandar Utama
    Bandar Utama
    47800 Petaling
    Selangor Darul Ehsan
    (Tel. No: 03 – 7726 6333)


  • Muzium Matawang
    Bank Negara Malaysia
    Jalan Dato' Onn
    50480 Kuala Lumpur
    (Tel. No: 03 - 26988044) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan