Selasa, 6 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena 45 Tahun Merdeka

Pada 28 Mac 2002, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-45 pada 31 Ogos 2002. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada mulanya dengan harga RM888 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping.

  2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 925. Beratnya 21.7 gram setiap satu dan dijual pada mulanya dengan harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 1,800 keping.

  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (kilatan istimewa dan peruf)
    Duit syiling emas Nordic (Nordic gold) ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling emas Nordic kilatan istimewa (Coin Card) boleh didapati secara individu, pada mulanya dengan harga RM7 setiap satu. Kuantiti tempaan bagi duit syiling jenis ini adalah terhad kepada 10,000 keping. 
Duit syiling emas Nordic peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1. Duit syiling peringatan set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan emas Nordic. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,008 setiap set dan hanya terdapat 100 set sahaja. Set duit syiling peringatan 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan emas Nordic. Set duit syiling ini dijual pada mulanya dengan harga RM168 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan 45 Tahun Merdeka
Spesifikasi Teknikal

Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Kuantiti Tempaan
(pieces)
Harga Jualan (RM)
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas (Peruf)
Emas
(Au999.9)
100
200
888
22.0
8.6
Bulat dengan 'milled edge'
Perak (Peruf)
Perak Sterling (Ag925)
10
1,500
128
35.7
21.7
Bulat dengan 'milled edge'
Emas Nordic (Kilatan Istimewa)
Cu89 Zn5 AI5 Sn1
1
10,000
7
30.0
9.16
Bulat dengan 'milled edge'
Boleh juga didapati dalam set
Kuantiti
Harga Jualan (RM)
Set 2 dalam 1
Duit Syiling Peruf Perak dan Emas Nordic
200
168
Set 3 dalam 1
Duit Syiling Peruf Emas, Perak dan Emas Nordic
200
1,008

Nota: Emas Nordic adalah logam berwarna keemasan yang diperbuat daripada campuran logam tembaga (89%), Zink (5%), Aluminium (5%) dan Timah (1%).

Rekabentuk Duit Syiling 

Set 3 dalam 1 Syiling 45 Tahun Merdeka

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera bendera Malaysia, logo dan tema hari kebangsaan tahun ini, 'Keranamu Malaysia', perkataan '45 TAHUN MERDEKA' dan tarikh '31 OGOS 2002'. Di sebelah belakang pula tertera Bangunan Sultan Abdul Samad, KL Monorail dan Menara Kuala Lumpur, nilai muka dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Pusat-pusat Jualan
Duit syiling peringatan 45 Tahun Merdeka ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam. Duit syiling peringatan ini boleh didapati mulai 2 September 2002 di pusat-pusat jualan seperti berikut:
  1. Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri.

  2. Cawangan terpilih AmBank Berhad dan AmFinance Berhad.

  3. Coin Shoppe The Royal Mint of Malaysia, Kompleks Kilang Wang, Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40740 Shah Alam. (Tel no: 03-55191611/2/3)

  4. Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur. (Tel no: 03-26988044) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan