Isnin, 5 November 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Pameran Maritim Dan Udara Langkawi 2003 (LIMA03) (Coin Card)


PAMERAN ANTARABANGSA MARITIM & UDARA LANGKAWI (LIMA)

Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) pertama kali diadakan pada tahun 1991 untuk mempamerkan kecanggihan dan kemajuan arena peralatan dan sistem industri udara dan maritim. 


LIMA'03 adalah merupakan pameran yang ke tujuh dan ia telah merealisasikan kejayaan dalam perkongsian dan juga pemindahan teknologi yang berkesan antara peneraju utama industri udara global dan rakan sejawat mereka di Malaysia. LIMA menggabungkan kehebatan pameran udara dan keunggulan maritim yang akan terus berkembang sebagai acara ulung di Lingkaran Asia Pasifik. Pameran ini adalah satu kebanggaan kepada Malaysia kerana ia menonjolkan negara ini di peringkat global.

Syiling Pameran Maritim Dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03) - Depan

Syiling Pameran Maritim Dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03) - Belakang

Kod:00.06
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM55 - RM70.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan