Rabu, 7 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Kejohanan Badminton Piala Thomas / Uber 2000

Bersempena dengan Kejohanan Badminton Piala Thomas / Uber pada 11-21 Mei 2000, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengeluarkan 3 jenis syiling peringatan pada 2 Mei 2000 yang sah diperlakukan (legal tender) seperti berikut:

1. Syiling Peringatan Emas 
Syiling peringatan ini dengan nilai muka RM100 diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8 gram. Ia dijual pada mulanya dengan harga RM888.00 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 8888 keping sahaja.

2. Syiling Peringatan Perak 
Duit syiling peringatan dengan nilai muka RM10 diperbuat daripada perak dengan ketulinan 99.9 dan seberat 25 gram. Ia dijual pada mulanya dengan harga RM120.00 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 20,000 keping sahaja.

3. Syiling Dwilogam (Coin Card) 
Duit syiling dwilogam diperbuat daripada dua jenis aloi dengan dua warna yang berbeza. Lingkaran luar syiling adalah warna kuning keemasan dan diperbuat daripada emas nordic, gabungan tembaga, aluminium dan nikel. Teras (bahagian dalaman syiling) diperbuat daripada cupro-nikel, gabungan tembaga dan nikel dengan warna perak. Ini adalah kali pertama Bank Negara telah mengeluarkan duit syiling peringatan bicolour. Duit syiling dwilogam yang mempunyai nilai muka RM1, dicetak pada kuantiti tempaan terhad kepada 2 juta keping dan dijual pada mulanya dengan harga RM5.00 sekeping.

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama dimana dibahagian hadapan duit syiling ini memaparkan imej Piala Thomas dengan bulu tangkis di latar belakang. Perkataan "KUALA LUMPUR 2000" dan "Piala THOMAS.UBER" tertera pada bahagian atas dan bawah syiling.

Bahagian belakang duit syiling ini memaparkan nilai muka duit syiling tersebut dengan gabungan seni bina lama dan moden di latar belakang. Bangunan Sultan Abdul Samad dan Bangunan Keretapi Tanah Melayu mewakili seni bina lama manakala Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur mewakili senibina moden.
 
Rekabentuk Untuk Sarung Piuter dan Kad Syiling (CoinCard)

Kedua-dua duit syiling peringatan emas dan perak didatangkan di dalam pewter berbentuk bulat selongsong dengan diameter masing-masing, 70mm dan 85mm yang direka dengan motif bunga kelompang. Motif bunga kelompang digunakan secara meluas di dalam seni ukiran kayu rumah di negeri Perak, Malaysia.

Duit syiling dwilogam dibungkus di dalam kad syiling (Coin Card) yang menarik bersama-sama dengan ringkasan mengenai Kejohanan Badminton Piala Thomas / Uber.

Spesifikasi Teknikal

Jenis Emas Perak Dwilogam
Kandungan Logam Emas 999.9 Perak 99.9 Luar Cu92Al6Ni2
Teras Cu75Ni25
Klasifikasi Peruf Peruf Kilatan Istimewa
Diameter 21.8 mm 35.0 mm 26.5 mm
Ketebalan 1.5 mm 2.8 mm 2.33 mm
Berat 8.0 gram 25.00 gram 8.15 gram
Tempaan Dibenarkan 8,888 keping 20,000 keping 2 juta keping
Nilai Muka RM100 RM10 RM1
Harga asal Jualan RM888.00 sekeping RM120.00 sekeping RM5.00 sekeping


Pusat-pusat Jualan
Duit syiling peringatan Piala Thomas / Uber 2000 dan sarung pewter dihasilkan oleh Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. Syiling ini boleh didapati daripada 2 Mei 2000 di cawangan utama bank-bank berikut:

    Malayan Banking Berhad
    Bumiputra-Commerce Bank Berhad
    RHB Bank Berhad
    Public Bank Berhad
    Hong Leong Bank Berhad
    Perwira Affin Bank Berhad
    Arab-Malaysian Bank Berhad
    Southern Bank Berhad
    Multi Purpose Bank Berhad
    EON Bank Berhad

Orang ramai juga boleh mendapatkan syiling peringatan ini melalui pesanan ditalian atau pembelian langsung daripada Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. di 05-776 5888 atau 03-972 5985/1158 atau
faksimili di 05-776 0213 dan 03-971 8010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan