Khamis, 8 November 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Grand Prix F1 Petronas Malaysian Pertama 1999

Bank Negara Malaysia pada 5 Oktober 1999, telah mengumumkan pengeluaran dua syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) sempena Grand Prix F1 Petronas Malaysian Pertama 1999 yang dijadualkan pada 15-17 Oktober 1999. Duit syiling peringatan ini dikeluarkan dalam bentuk Perak Peruf dan Tembaga-Nikel dengan kilatan istimewa (Brilliant Uncirculated).

Syiling peringatan Perak Peruf yang mempunyai nilai muka RM25 dijual pada mulanya dengan harga RM165 setiap satu.
Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 3,000 keping sahaja. Duit syiling tembaga-nikel dengan kilatan istimewa (Brilliant Uncirculated) yang mempunyai nilai muka RM15 dijual pada mulanya dengan harga RM95. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 8,000 keping sahaja.

Reka bentuk Duit Syiling
  1. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Rekabentuk hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan Menara Kanopi sebagai mercu tanda Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dengan perkataan "LITAR F1 SEPANG" dan "1 st PETRONAS MALAYSIA F1 GRAND PRIX 1999" tertera dibahagian tepi syiling. Bahagian belakang memaparkan nilai muka "25 RINGGIT" dan perkataan "MALAYSIA" serta "1999".

  2. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel 'kilatan istimewa dan peruf'
    Rekabentuk hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan perlumbaan trek Sepang F1 dan peta Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perkataan "SEPANG F1 CIRCUIT" dan "1 st PETRONAS MALAYSIA F1 GRAND PRIX 1999" tertera dibahagian tepi syiling. Bahagian belakang memaparkan nilai muka "15 RINGGIT" dan perkataan "MALAYSIA" serta "1999". 
Spesifikasi Teknikal


Jenis Perak Tembaga-Nikel
Kandungan Logam Perak 92.5%
Tembaga 7.5%
Tembaga 75%
Nikel 25%
Klasifikasi Peruf Kilatan Istimewa
Diameter 35.7 mm 33.4 mm
Tebal 2.7 mm 2.60 mm
Berat 21.9 gram 16.8 gram

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Boustead Mint Sdn. Bhd. dan Sepang International Circuit Sdn. Bhd. sebagai penganjur acara F1, menyumbang kepada konsep reka bentuk kedua-dua jenis duit syiling peringatan ini. Setiap syiling peringatan didatangkan di dalam bekas yang eksklusif diperbuat daripada kayu getah Malaysia. Kesemua duit syiling ini dijual mulai 6 Oktober 1999 di cawangan runcit terpilih seperti berikut:
  1. Perwira Affin Bank (di 37 cawangan terpilih) 
  2. BSN Commercial Bank (di 18 cawangan terpilih)
  3. Pusat Merchandising Sepang Circuit 
  4. Boustead Mint Sdn. Bhd., Persiaran Selangor, Shah Alam 

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, sila hubungi Boustead Mint Sdn. Bhd. di talian 03-5591611, 03-5539018/5539021/5539025 atau faksimili di 03-5598746 atau E-mel: gen.bmint @ boustead.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan