Isnin, 5 November 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)(Coin Card)


SIDANG KEMUNCAK PERSIDANGAN KETUA-KETUA NEGARA ISLAM KE-10

Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) ialah sebuah organisasi yang menyatukan 57 buah negara yang telah bersepakat untuk bergabung usaha dan tenaga, berkongsi pengalaman dan kemahiran bagi memelihara kepentingan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat.


OIC telah ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada 12 Rejab 1389H (25 September 1969), dan Persidangan Kemuncak OIC telah bersidang sebanyak sembilan kali. Putrajaya, Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Kemuncak OIC ke-10 yang akan berlangsung pada 16-18 Oktober 2003. Tema bagi Persidangan Kemuncak OIC Ke-10 ini ialah "Ilmu dan Akhlak ke Arah Pembangunan Ummah".

Syiling Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) - Depan

Syiling Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) - Belakang

Kod:00.06
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM55 - RM70.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan