Khamis, 8 November 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Kejohanan Badminton Piala Thomas / Uber 2000 (CoinCard)


DETIK-DETIK KEGEMILANGAN PIALA THOMAS
Sejarah Dan Perjuangan

Piala Thomas/Uber telah diiktiraf sebagai kejohanan badminton yang terkemuka di dunia dan menjadi rebutan jaguh-jaguh badminton antarabangsa.

Kejohanan ini mempunyai nilai-nilai sejarah dan tradisi yang tersendiri. Di sinilah lahirnya lagenda-lagenda badminton dunia.


Untuk memperingati Kejohanan Piala Thomas/Uber yang kelima di Malaysia pada 11-21 Mei 2000, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan bangganya mempersembahkan Siri Duit Syiling Peringatan Piala Thomas/Uber.

Duit syiling yang bernilai muka RM100.00, RM10.00 dan RM1.00 ini telah ditempa khas untuk mengimbas kembali detik-detik kegemilangan kejohanan berprestij ini. 

Ia juga memperingati pengorbanan dan pencapaian para pemain pada masa silam dan sekarang dalam mengejar kecemerlangan di dalam dunia badminton.

Sejarah Piala Thomas

Piala Thomas telah diilhamkan oleh Sir George Alan Thomas, seorang bangsawan berbangsa Inggeris dari Yapton, England. Sir Thomas yang pernah menjadi pemain badminton yang terkenal di negara sendiri, inginkan sebuah pertandingan bertaraf dunia bagi sukan badminton. Cadangan beliau untuk mengadakan pertandingan seumpama itu telah mendapat persetujuan Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF).
Pada tahun 1939, Sir Thomas telah mendermakan sebuah piala pusingan kepada IBF bagi Kejohanan Badminton IBF, yang kemudiannya dikenali sebagai Piala Thomas. Kejohanan Piala Thomas yang pertama telah berlangsung pada tahun 1949 di mana 10 negara telah mengambil bahagian. Malaysia yang pada masa itu dikenali sebagai Malaya, telah memenangi kejohanan tersebut dan berjaya mempertahankan kejuaraan pada tahun 1952 dan 1955. Pasukan Malaysia berjaya menjadi juara 2 kali lagi pada tahun 1967 dan 1992.

Diantara tahun 1949 - 1992, pasukan Malaysia telah mara ke perlawanan akhir Piala Thomas sebanyak sepuluh kali dan telah menjadi juara sebanyak lima kali.


Wong Peng Soon
Law Teik Hock
Ooi Teck Hock
Ong Poh Lim
Yeoh Teck Chye
Chan Kon Leeong
Teoh Seng Khoon
Lim Kee Fong



Wong Peng Soon
Law Teik Hock
Ooi Teck Hock
Ong Poh Lim
Abdullah Piruz
Ismail Marjan 





Eddy Chong
Wong Peng Soon
Ong Poh Lim
Lim Kee Fong
Tan Jin Fong
Ooi Teik Hock





Yew Cheng Hoe
Tan Aik Huang
Teh Kew San
Ng Boon Bee
Tan Yee Khan
Billy Ng





Rashid Sidek
Foo Kok Keong
Kwan Yoke Meng
Razif Sidek
Jailani Sidek
Cheah Soon Kit
Soo Beng Kiang
Rahman Sidek
Wong Ewe Mun



Syiling Kejohanan Badminton Piala Thomas / Uber 2000 - Depan

Syiling Kejohanan Badminton Piala Thomas / Uber 2000 - Belakang
Kod:00.59
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM95 - RM115.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan