Khamis, 1 November 2012

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam (IDB) Ke-30

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam (IDB) Ke-30 yang akan berlangsung pada 22-24 Jun 2005 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ketiga-tiga duit syiling adalah sah diperlakukan (legal tender) dan butirannya adalah seperti berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat ½ aun (15.55 gram) setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM200 dan dijual pada mulanya dengan harga RM1,100 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 500 keping.

  2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM20 dan diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9. Beratnya 31.11 gram setiap satu dan dijual pada mulanya dengan harga RM158 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 1,000 keping.

  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (kilatan istimewa) (Coin Card)
    Duit syiling emas nordic (nordic gold) ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling emas nordic kilatan istimewa boleh didapati secara individu dan dijual pada mulanya dengan harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan bagi duit syiling kilatan istimewa ini adalah terhad kepada 20,000 keping.
Duit syiling emas nordic peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1. Duit syiling peringatan set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan emas nordic. Set ini dijual pada mulanya dengan harga RM1,280 setiap set dan hanya terdapat 500 set sahaja. Manakala set duit syiling peringatan 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan emas nordic. Set duit syiling ini akan dijual pada mulanya dengan harga RM180 setiap set dan hanya terdapat 1,000 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Sempena
Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30

Spesifikasi Teknikal
 
Jenis
Logam
Nilai Muka (RM)
Harga Jualan (RM)
Tempaan Dibenar- kan
Garis-pusat (mm)
Berat (gram)
Bentuk
Emas Pruf
Emas (Au999.9)
200
1,100
500
28.00
15.55
Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf
Perak (Ag99.9)
20
150
1000
40.00
31.11
Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
8
20,000
30.00
9.16
Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2-dalam-1
10+1
180
1000



Set 3-dalam-1
100+10+1
1,280
500




Nota:
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak, dan emas Nordic pruf.
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak, dan emas Nordic pruf.

Reka bentuk Duit Syiling

Set 3 dalam 1 Syiling Peringatan Sempena Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam (IDB) Ke-30

Rekabentuk hadapan untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu tertera logo rasmi Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30 dan perkataan “ISLAMIC DEVELOPMENT BANK 30th ANNUAL MEETING 2005” dan “MALAYSIA”.

Reka bentuk di sebelah belakang pula adalah berbeza mengikut jenis duit syiling. Bagi duit syiling emas dan perak, masing-masing tertera imej Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya serta tulisan jawi “Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30”. Bagi duit syiling emas nordic, tertera perkataan “Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30” yang ditulis dalam tulisan rumi dan khat khufi.

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling peringatan IDB ini boleh dibeli mulai 24 Jun 2005 di kaunter jualan di Muzium Matawang dan kaunter penukaran di Ibu pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Ia juga boleh didapati di cawangan Bank Negara Malaysia Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan