Selasa, 6 November 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII (Coin Card)


PENERBITAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddim ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XII pada 25 April 2002.


Diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943, Baginda mendapat pendidikan awal di Malaysia sebelum menamatkan pendidikan formal di England. Baginda kemudiannya mengikuti kursus di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di United Kingdom. Sekembali ke Malaysia, Baginda telah menyandang beberapa jawatan dalam angkatan tentera. Baginda juga amat meminati bidang sukan dan pendidikan serta aktiviti-aktiviti Persatuan Bekas Tentera Malaysia.


Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perlis pada tahun 1960 dan kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Perlis keenam pada 17 April 2000. Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N. pada tahun 1967.

Syiling Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII - Depan

Syiling Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII - Belakang
Kod:00.58
Harga semasa (2012) untuk syiling ini dalam kondisi BU adalah diantara RM80 - RM110.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan